Peluang kedua

Assalamualaikum wbt.

Aku kembali lagi menulis di ruangan ini. Lama sangat aku berhenti. Hilang minat. Hilang arah. Hilang tujuan. Hilang segalanya. Menulis bukan lagi keutamaan. Terlalu banyak hal yang bermain di fikiran. Masalah bertimpa-timpa. Keinginan untuk menulis semakin pudar.

Inshaa Allah. Aku anggap ini sebagai peluang kedua untuk aku menulis kembali. Aku akan pastikan ianya terus dikemaskini. Aku yakin. Menulis adalah keinginan aku yang sebenarnya. Cuma, luang waktu yang tiada. Ditambah dengan kesibukan bergelar mama kepada 4 orang anak.

Banyak kali sebenarnya. Aku cuba untuk menaip. Tapi, setiap kali aku mencuba. Setiap kali juga aku delete. Taip. Padam. Taip. Padam. Sampai pudar rasa. Sampai hilang minat.

Aku patut berterima kasih kepada Teme Abdullah. Dia yang membangkitkan aku daripada lena yang sangat panjang. Dia banyak menyedarkan aku tanpa sedar. Aku tak kenal dia. Dia, jauh sekali mengenal aku.

Inshaa Allah. Aku akan terus bangkit dengan peluang kedua ini.

Terima kasih Teme.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge