PERANGAI NETIZEN KITA.

Dah lama aku perhatikan. Di mana-mana pun. Sama sahaja. Paling mudah, bila ada sebilangan artis yang sudah berubah ke arah yang lebih baik memberikan teguran ikhlas tentang sesuatu isu.. pastinya akan mendapat kecaman paling hebat di dunia.

Mulalah terbongkar segala kisah silam si artis tadi. Maka, berduyun-duyun para netizen mengeluarkan kata-kata yang menusuk jiwa.

Antaranya;

“Kau dulu pun macam tu juga.”

“Eleh. Kau pun sebelum tutup-tutup semua tu, perangai Nauzubillah juga.”

“Artis sekarang, mana boleh kena kecam. Jangan jadi artislah kalau tak nak kena kecam.”..

Euwww.. Yang bukan artis macam aku pun kena kecam juga tau.

Eh. Pernah tak kau baca atau jumpa ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni “Jangan lihat bagaimana kita bermula, tapi lihatlah bagaimana kita berakhir”?

Pintu taubat masih terbuka untuk kita semua. Tak kira siapa pun kita. Allah SWT maha pengampun. Tak semestinya dulu kau penyangak penyamun, sampai mati pun kau tetap jadi penyangak penyamun juga.

Hidayah itu milik Allah SWT. Kalau kau di antara mereka yang terpilih, Alhamdulillah. Tapi, jangan bongkak, riak, takbur pula sampai menerakakan orang lain.

Kalau dulu mulut kau jahat Nauzubillah, tak semestinya kau terus begitu kan? Yang penting, macam mana kau kontrol mulut kau yang jahat macam bangkai tu supaya tak terus jahat.

Pernah dengar peribahasa “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’?. maka, jagalah mulut masing-masing. jangan disebabkan mulut, kita jadi penghuni neraka.

Lupa. Sekarang bukan setakat mulut sahaja yang jahat. Tangan pun sama jahat. Sibuk jadi keyboard warrior. Sibuk gali salah-silap orang lain tapi lupa salah-silap sendiri.

Paling menggerunkan. Netizen kita dari dulu sampai sekarang memang malas membaca. Betulkan? Baca tajuk tapi tak baca isi. Lepas tu, viralkan. Netizenlah tu punya perangai. Kalaulah apa yang kau viralkan tu adalah fitnah semata-mata. Apa kau rasa? Aman tak hidup?

Dosa kita dengan Allah SWT, kita boleh minta ampun direct dekat Dia. Tapi, dosa kita sesama manusia? Kalau tak sempat minta maaf, kau rasa layakkah syurga untuk kita?

Aku tak tau nak tulis (cakap) apa lagi. Apa yang aku boleh tulis (cakap), KITALAH NETIZEN TU. Termasuk kau dan aku. Boleh tak lepas ni kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik?

Ya. Aku. Kita. Sama-sama pendosa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge