17 tahun.

23/1/2003 – 23/1/2020.

Eh. Dah 17 tahun dah aku dalam service. Nampak sangat dah berusia.. Hahaha… Dan, 17 tahun jugalah aku duduk di perantauan.

Dalam tempoh 17 tahun, 5 kali dah aku pindah jabatan. Lain jabatan, lain pengalaman yang aku dapat. Rasa macam nak settle down kat sini je. Tapi, aku dah 7 tahun kat sini. Tunggu masa je nak kena T.O.

Dalam tempoh tu kan, BTPK (Tabung) lah yang paling aku ingat. 1st posting kot. Sekarang dah tukar nama. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), kalau tak silap aku.

Boss besar aku masa tu Pn.Lam Lai Meng. Dia SUB. Rambut kerinting. Pakai spek mata. Bawah dia ada 2 KPSU. En.Ali dengan yang seorang lagi tu… Alaaah, lupa nama dia. Yang macam suneo tu. Boss kat Unit Bayaran Balik. Aku terbayang² muka dia tapi aku tak boleh nak ingat nama dia. Haiyaa..

En.Ali ni boss kat unit aku.. Comel macam Doraemon. Hurmmm.. Nama unit aku pun aku lupa.. Unit pinjaman eh? Ke Unit Terimaan? Confuse sudah. Aku jumpa dia semula kat Bahagian Pengurusan KSM. Dia jadi boss aku kat situ pula. Di bawah En.Ali ni pula, ada Pn.Laily.

Pn.Laily ni lah yang paling aku ingat sampai sekarang. Garang, kadang² tu macam mak². Dialah yang ajar aku macam mana nak minit surat silang. Kadang² aku geram juga dengan dia. Tapi, dalam masa yang sama aku tetap hormat dia. Dalam meeting, kalau unit kami kena bash, dia selalu defend unit kami di depan unit² yang lain. Dia defend kami bersungguh². Tapi kan, lepas tu matilah kau kena bambu dalam meeting unit kau sendiri. Dia akan bambu kau bersungguh². Aku faham. Dia marah pun, sebab dia sayang anak² buah dia. Apa khabar dia sekarang eh?

Masa kat Tabung dulu, aku dan kawan² memang gila kerja. Keluar pagi naik bas, balik pula malam. Kadang naik bas. Kadang driver hantar. Tengoklah sama ada driver KSM atau pun driver Tabung. Sabtu Ahad pun kami pulun kerja. Keluar pagi² dan balik petang macam hari kerja biasa. Seronok kerja masa tu. Seolah-olah hidup mati aku memang untuk kerja saja.

Aku rindu semua.
Kak Fred.
Dilla.
Cik Siti.
Zura.
Busra(Dia dah pergi tinggalkan kami).
Liza.
Mau( siapa nama dia eh? Aku lupa)
Kak As.
Tengku.
Jah Sabah.
Kak Faiz.
Kak Tuty.
Kak Ina.
Nelly (dengan dia ni, tak lah lama mana. Cuma, kami 1 batch lapor diri).
Kakak Klate yang kecik² ada tahi lalat tu. Pun aku tak ingat nama dia. Aduhai.

Banyak lagi lah.. Aku ingat muka masing² tapi aku lupa nama. Tak pun, ingat nama bapa je. Ha ha ha.

Aku listkan yang perempuan je. Yang lelaki aku tak list kan. Karang ada yang salah faham.

Mana kamu semua ye? Tak nak buat gathering ke?

*mati aku kalau ex-bosses aku baca post ni.
*tau takut.
*setahun sekali terkenang.
*tempat jatuh lagi kan dikenang.
*inikan pula tempat 1st posting.
*post sempena 17tahun service.
*rindu pn.laily.
*eh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge