HOBI YANG DULU.

Siapa yang kenal aku, dia mesti tahu apa hobi aku. Kalau dia tak tahu, nampak sangat dia tak kenal aku. Fake friend pun mungkin.

Aku memang suka membaca dari dulu lagi. Library dah jadi macam rumah kedua aku selain daripada hospital. Aku sanggup lepak lama-lama kat library. Nak beli buku macam sekarang, belum mampu lagi masa tu. Maklumlahkan. Makan pakai semua mak bapa yang tanggung.

Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, aku masih setia jadi pengunjung library. Nak jumpa aku, carilah kat sana. Meja yang sama. Kerusi yang sama. Aku sendiri tak faham. Kenapa sudut itu tiada siapa yang berani duduk walaupun pada hari-hari aku tak datang berkunjung. Macam mana aku tahu? Librarian kat sana yang bagitahu aku. Mereka kata, tempat itu terus kosong sampai ke sudah. Badi apakah? Entah.

Dan, sudut itu terus kosong sampai ke hari ini. Apabila aku sudah mula bekerja dan memegang duit gaji sendiri, aku pun rajin membeli buku. Novel terutamanya. Tapi, hobi itu terhenti beberapa tahun selepas aku mengandung dan melahirkan anak. Mood membaca sudah hilang. Cuma, aku masih terus setia membeli Novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid. Ya. Beli dulu, baca kemudian.

Aku kembali dengan hobi yang sama setelah beberapa tahun terhenti. Anak-anak semua sudah membesar. Masing-masing pandai mengisi masa luang sendiri. Eh. Sebenarnya, mood membaca dan menulis berpunca daripada Teme Abdullah.

Tapi, untuk menyemarakkan semula keinginan itu agak sukar. Jadi, aku mulakan dengan menelaah semula buku-buku yang sedia ada di rumah. Dengan semangat baru, aku mula membeli semula buku-buku yang ada di pasaran. Kecuali novel-novel yang bertemakan cinta sepenuhnya. Bosan. Termasuk bulan ini, aku sudah membeli 15 buah novel. Tak kiralah sama ada keluaran Fixi, Iman, Tarbiah Sentap atau Buku Prima. Semua aku rembat. Sebulan aku akan berbelanja dalam RM100 – RM150 untuk membeli novel. Adakala tersasar juga.

Cukup kot cerita tentang hobi yang ini. Lain kali aku cerita hobi yang satu lagi.

* Bila bercerita tentang novel, bahasa penulisan juga berubah. Bila bercerita tentang luahan rasa, aku jadi manusia pasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge