Masih tentang 17.

Masih cerita tentang 17 tahun service.

19/01/2003, dapat offer letter dengan pelbagai borang² yang perlu dilengkapkan. Tengok surat. Hah?! 23/01/2003 lapor diri? Gila. Ini memang gila. Dengan tak buat medical check up semua. Nak booking tiket lagi. Aku rasa nak nangis gila masa tu. Aku memang sejenis hati tisu. Tapi, memang itulah yang aku inginkan. Lari. Sebab apa? Jangan tanya.

Hari yang sama juga, aku pergi buat medical check up. Nasib baiklah hospital tu dah jadi macam rumah kedua aku kan. Depan rumah pula kan? Rezeki. Kebetulan ada saudara yang kerja kat situ. Dialah yang tolong aku dari A to Z. Petang tu juga aku dapat result semua. Kalau nak diikut prosedur bagai, 3 hari baru boleh dapat result. Alhamdulillah. Terima kasih. Kalau bukan sebab pertolongan dia, haru-biru juga rasanya.

Esoknya, ajak pakcik pula pergi booking tiket. Booking tiket pula nak kena pergi Kota Kinabalu tau. Bukan kat depan rumah. Begitu begini…Alhamdulillah. Settled. Balik rumah, packing kain baju.

22/01/2003, fly ke Semenanjung berempat dengan mak, bapa & adik bongsu aku. Aku, macam biasa. Beg sandang Rakan Muda & berselipar. Bukan selipar Jepun. Kelam-kabut punya pasal sampai surat beranak adik aku lupa nak bawa. Nasib baiklah abang² & kakak Imigresen lepaskan dengan sedikit tazkirah. Maaf tuan/puan. 1st time naik kapal. Tak tau prosedur.

Nasib baiklah aku ada sepupu kat sini. Sampai je kat airport, terus naik limo ke Arkib Negara kat KL nun. Naik limo ok. Nasib baik boleh claim. Suami sepupu aku kerja kat sana masa tu. Adatlahkan nak tumpang rumah orang, kenalah ikut masa orang tu kan. Settle kerja, dia terus bawa kami balik rumah dia. Maka, malam itu bermalamlah kami di rumahnya..

Dialah yang hantar aku ke tempat lapor diri keesokkan harinya. Lapor diri kat JKR masa tu. Maka mendengarlah kami taklimat yang diberikan dengan penuh khusyuk. Di situlah baru kami diberikan surat penempatan dan aku ditempatkan di Kementerian Sumber Manusia (KSM). Usai saja pemberian surat penempatan, mulalah masing² mencari teman untuk dijadikan housemate.

Di situlah aku jumpa dengan bakal² housemate aku. Kak Su, Kak Zana & Kak Jamie. Kak Su & Kak Zana dari negeri yang sama, Johor. Kebetulan pula, dapat kementerian yang sama. Wisma Putra. Kak Jamie asal dari Kedah. Sama kementerian dengan aku. KSM. Di kalangan kami, akulah yang termuda. Kami dapat rumah sewa kat Presint 9. Flat Hijau. Tingkat 12. Pheww.. Settle 1 problem.

Di KSM. Rupanya bukan aku berdua dengan Kak Jamie je yang datang lapor diri. Ada lagi 2 orang. Kat tingkat 8 tu lah aku jumpa si Nelly & si Rizal. Dialah satu² lelaki yang datang lapor diri masa tu. Dari awal lagi aku memang tak boleh go lah dengan mamat tu. Poyo.

Ada 2 post kosong di BTPK, 1 di Unit Latihan, KSM & 1 di Bahagian Dasar. 1 mesyuarat kecil diadakan bagi membincangkan penempatan rasmi kami. Melepaklah kami di library sehingga dipanggil semula.

Secara rasminya, aku & Nelly ditempatkan di BTPK. Kak Jamie di Bahagian Dasar & si mamat poyo tu pula ditempatkan di Unit Latihan, KSM.

Berbalik pada cerita rumah sewa. Lepas aku dapat rumah sewa, sepupu aku tinggalkan aku kat situ dengan beg baju je. Dia bawa balik mak, bapa & adik aku ke rumah dia. Aku dengar cerita, seronok dia orang berjalan. Untunglah.

Sepanjang minggu pertama di rumah sewa, aku hanya menumpang tidur atas toto kawan² serumah. Dengan ehsan mereka jugalah baru aku dapat beli tilam & bantal sendiri. Ehsan sepupu Kak Zana. Lupa nama dia. Dia yang bawa kami shopping kat Dengkil. Kalau tak silaplah.

Terima kasih kakak² semua. Mohon maaf atas segala tindak-tanduk yang tidak disenangi selama kita jadi housemate. Mohon maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut. Kadang² aku rindu.

Maka, bermulalah episod duka lara seorang anak di perantauan.

*post sempena 17tahun service.
*17tahun di perantauan.
*terima kasih semua.
*bila nak move on entah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge