Masak.

Aku bukan seorang yang rajin memasak. Aku tidak mewarisi kepakaran memasak mahupun menjahit daripada mak aku. Aku belajar masak pun, aku google kat internet. Aku bukan tak nak belajar masak daripada mak aku. Tapi, memasak memang bukan aku. Aku akan belajar masak makanan yang aku suka makan je.

Kau boleh suruh aku buat apa saja selain daripada memasak. Kau boleh suruh aku basuh pinggan, basuh kain atau apa saja. Jangan suruh aku masak. Masak pun lepas tekak aku anak-beranak bolehlah. Aku mengaku. Aku memang failed tang masak. Lagi² untuk jumlah yang banyak. Aku tak berani.

Dulu, mak aku berniaga kantin sekolah agama. Aku dapat upah RM2.00 kalau aku tolong mak aku kat kantin. Kira lumayan jugalah walaupun RM2.00 je dapat masa tu. Nak fikir apa lagi kan? Makan dah sah² free. RM2.00 tu buat belanja sekolah petang. Aku sekolah agama pagi, sekolah akademik petang.

Bila aku sekolah menengah, aku tolong mak aku berniaga kat pasar malam. Kat Sabah, pasar malam tu macam medan selera. Banyak gerai. Ikut kau nak pilih yang mana. Buka pukul 2.00 petang & tutup lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Lokasi kat tepi sungai. Sebelah jambatan. Balik sekolah, kadang² aku terus ke gerai. Kadang² balik rumah dulu. Tengoklah mood aku masa tu.

Senang hidup masa tu. Lapar je datang gerai. Kah. Part yang aku paling suka adalah buat ABC. Aku suka bubuh bahan² campuran ABC tu banyak². Bukan setakat ABC. Soto pun aku suka bubuh banyak². (Soto = bihun sup). Bising mak aku. Rugi katanya. Ha ha ha. Apa aku kisah.

Tapi, kat situlah aku dapat parut panjang di lengan. Termos terlepas dari tangan masa nak tuang air panas mendidih. Masa tu, kami baru saja dapat berita yang nenek sakit tenat. Kami kena balik kampung jumpa nenek buat kali terakhir. Kesan parut tu masih ada sampai sekarang. Tahi lalat pun berubah tempat.

Sekarang. Aku kena masak. Ikut demand anak². Aku terpaksa masak ikut tekak anak². Aku sejenis yang tak suka masak banyak² lauk. Nanti tak habis. Membazir. Anak² pula suka request nasi goreng. Mee goreng.

Jadi, aku terpaksa rajin demi anak². Kalau aku malas, tak makanlah anak² aku. Kena pula anak aku yang no.2, sejenis tekak nasi. Walaupun kau dah makan macam², dia tetap cari nasi juga.

*aku dah terbayang soto mama si jah.
*di mataku nampak sayap ayam sudah.
*raya balik sabah.
*insha-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge