Positif.

“If you and your friend do not add values to each other, find other friends. We are influenced by those who surround us.” – Dr. Muharikah.

Untuk kekal dalam circle positif, berkawanlah dengan orang² yang positif. Orang² negatif akan membuatkan kita jadi negatif juga.

Mata dan hati mereka penuh dengan cas² negatif. Apa yang mereka lihat dan mereka fikir semuanya negatif belaka. Malah tindak-tanduk mereka juga turut negatif. Tutur kata juga. Tiada yang baik².

Sedangkan jika kita memerhati dengan mata hati dan jiwa yang positif, segalanya pasti positif. Tapi, orang² ini tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang² yang hatinya penuh dengan cas² negatif.

Buruk, orang lain saja bukan mereka. Kononnya tidak mahu bercakap tentang keburukan orang lain tapi tindak-tanduk sangat jelas. Orang² sebegini sangat kebal. Mereka tidak peduli orang lain. Mereka saja yang betul.

Sedar tak sedar, kita juga akan terkena tempiasnya. Positif mana pun kita memandang mereka, kita tetap dipandang negatif oleh orang² ini. Jadi, baiklah kita menjauh sebelum kita turut dipandang buruk.

Jom. Kita ubah sama². From zero to hero. Usia yang makin bertambah, buat aku mula berfikir dengan lebih matang. Usia 36 – 39 tahun adalah ujian bagi wanita. Kalau kita tidak beringat dan berusaha untuk berubah, maka di usia 40 tahun kekallah kita dengan sikap itu.

*aku juga pendosa.
*lagi beberapa tahun akan memasuki gerbang 40series.
*tegur aku bila aku lupa.
*jangan biar aku terus lupa.
*buang cas negatif biar kekal positif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge