Sarifah Siao petah berkata,
Suaranya lantang bak petir menyambar,
Siapa terdengar pasti ternganga,
Suasana kelas tiada hambar…

Lily Sabli budak Tuaran,
Sesat kemari hendak belajar,
ramai jejaka pasti tertawan,
Bila melihat senyum terukir…

Hermanus Paulus “Jinggo” nama gelaran,
Jaguh kelas 6 Bestari,
Usik-mengusik memang amalan,
Bertemu dengannya kenalah berhati-hati…

Mohd Shahrul anak Pak Thani,
Pengerusi Persatuan Pelajar Islam,
Orangnya kurus tapi berani,
Pantang bersua pasti tersenyum…

Azlina Amin lampai orangnya,
Datang dari Kampung Lumadan,
Masuk ke kelas penuh bergaya,
Ke mana pergi pasti berteman…

Rozainah Baniamin comel budaknya,
Berasal dari Kampung Melabau,
Dirinya sentiasa riang gembira,
Bila bermasalah tak pernah risau…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation