Egness Asit bijak dan pintar,
Ceti no. 2 di dalam kelas,

Bila berkata pastinya benar,
Memegang pula jawatan pengawas…

Manis orangnya berbudi bahasa,
Bila tersenyum ramai terpikat,
Lizah Abd. Aziz nama orangnya,
Jika berkenan bolehlah mengurat…

Orangnya segak penuh bergaya,
Tekun dan rajin menjadi prinsip,
Jifridin Sumatra pintar orangnya,
Masuk ke kelas buku ditatap…

Kecil-molek ayu wajahnya,
Berbudi-bahasa dan bersopan-santun,

Siti Isah Tajul nama dirinya,
Siapa memandang pasti terpegun…

Siti Katieh jaguh lumba lari,
Acara jarak jauh jadi kegemarannya,
Dari Klias Kecil datang ke mari,

Bersama rakan tinggal di asrama…

Jauhnya datang dari Kuala Penyu,
Siti Hafizah Mat Jendeh itulah dia,
orangnya bijak suka membantu,
Ada masalah jumpalah saja…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation