Inginku utarakan persoalan ini
Benar-benar merdekakah kita?
Atau, sekadar momokan kosong
Talibarut sang penjajah…

Inginku suarakan kebimbangan ini
Akan kekalkah merdekah kita?
Atau, bakal ranap nanti
Oleh cucu-cicit penjajah durjana…

Inginku singkap tirai sejarah lampau
Gahnya Melaka kerana Hang Tuah
Matinya Tuah kerana hasad dan dengki…
Bakal berulangkah sejarah berdarah ini kelak?

Hari ini…
Merdeka kita mampukah dipertahankan
Jika asyik berkelahi, menuding jari
Mempersalahkan orang lain kerana kejahilan diri?

Inginku persoalkan lagi…
Sejarah merdeka kita nanti bagaimana
Dapat diwarisi generasi mendatang
Jika… sejarah hari ini bakal diputar-belit?…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation