Aku bukan pujangga
Yang boleh mengungkapkan
Seribu kemanisan dalam kegembiraan…

Aku juga bukan pelukis
Yang dapat memotretkan
Warna-warna indah…
Dalam kanvas kehidupan

Aku bukannya penulis skrip
Yang mampu mengolah
Segala yang tersirat…
Sepanjang perjalanan hidup

Aku bukannya sang pengarang
Yang bijak mereka
Ribuan watak…
Dalam novel tidak bernyawa

Aku bukan peguam
Yang petah berhujah
Membantah hukum tuhan…

Aku adalah diriku
Insan yang pandai melakonkan
Ribuan watak penuh hipokrit

Akulah pujangga dalam hidupku…
Akulah pelukis dalam mimpiku…
Akulah penulis skrip dalam fantasiku…
Akulah pengarang dalam duniaku…
Akulah peguam dalam diriku…
Dan… akulah pelakon dalam jagaku…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation