KERANA SENGKETA KITA…

Kerana sengketa kita
Ada hati yang bersorak
gembira di kala tangisan bergema…

Kerana sengketa kita
Ada hati yang berkocak
Hiba merintih dalam ketenangan…

Kerana sengketa kita
Ada dendam yang terurai
Tersenyum dalam kemenangan…

Kerana sengketa kita
Ada luka yang kian parah
Tunduk dalam kesakitan…

Kerana sengketa kita
Ada air mata yang mengalir
Menginsafi diri…

Kerana sengketa kita
Ada bibir yang tersenyum
Megah berdiri………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up