ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN… WALAUPUN…

You all masih ingat tak angan-angan zaman budak-budak dulu?… Bukan apa! aku tiba-tiba teringatkan sesuatu tentang angan-anganku sebelum aku menjejakkan kaki ke Peninsular ini..

Kisahnya begini……. Once upon a time in Sabah….. aku pernah berangan-angan nak datang ke Peninsular. Aku selalu berangan jadi seorang pelakon… Hahahaha!!!… Jangan gelakkan aku.. Aku tak bersalah… Itu hanyalah angan-angan semata. Apa yang paling aku ingat sampai sekarang… aku berangan sedang belajar di sebuah IPTA di sini. Aku dapat ramai kawan… Kononnya aku adalah seorang pelajar yang sangat dikenali ramai kerana sikapku yang gila-gila…. Indahnya angan-angan itu. Padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku bukanlah seorang yang talk active.  Aku sebenarnya hanya banyak bercakap dengan orang-orang tertentu sahaja.

Apapun, ada juga angan-anganku yang menjadi kenyataan walaupun tidak semua.. Sekarang aku memang ada di Peninsular. Bakal memiliki sebuah rumah…juga di Peninsular…. Suamiku juga orang Peninsular…. Anakku juga lahir di Peninsular

Aku juga sedang belajar di salah sebuah IPTA di Peninsular walaupun bukan sepenuh masa… Tapi, janganlah samakan aku dengan Mat Jenin. Mat Jenin berangan time panjat pokok kelapa. Asyik dengan angan-angan itu yang menyebabkan dia terjatuh…. Hurrrmmmm…. Kalau aku berangan-angan lebih daripada itu, aku rasa pencapaian aku mungkin lebih baik kot…. hahahaaa!!!…. Kalaulah aku berangan jadi menteri ketika itu??…  Sekarang mungkin aku sudah berkecimpung dalam arena politik tanahair… Maklumlah! family background aku memang bersangkut-paut dengan politik…

~~ aku masih suka berangan sehingga kini~~

6 thoughts on “ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN… WALAUPUN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up