TENTANG CINTA

cinta itu hadir tanpa dipaksa
hadirnya juga dalam diam
datangnya tak perlu dijemput
perginya jua tak perlu diiring

cinta itu ceria
tapi cinta itu juga derita
cinta itu membakar semangat
tapi cinta itu juga menghampakan

cinta itu hidup
adakalanya menjadi buta
butanya kerana manusia
hanya cinta pada yang kuasa mampu bertahan..


——– 
Posted: Fri Oct 20, 2006 8:52 am @asamboi.org by me…
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up