10 SYAWAL KE??

Eh!… today dah masuk hari ke-10 dalam bulan Syawal ke? Ya Allah! kenapa aku tak perasan ye? Aku ingatkan baru 4-5 hari lepas je tengok anak bulan… Rupa-rupanya dah 10 hari berlalu dah… Dan, aku baru perasan yang aku belum lagi memberikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para readers semua. (adakah?)  Maaf ye… alpa untuk seketika. Kiranya aku ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang blogging @ blogwalking… harap dapatlah dimaafkan ye…

Aku harap masih belum terlewat untuk mengucapkan ucapan Aidilfitri lagi. Sambutan raya kan sebulan… hehehe….. Transparent! Gambar raya tahun ni langsung tiada.. Adakah kehangatan Aidilfitri dalam diriku sudah mula pudar atau pun aku tidak berkesempatan untuk bergambar sempena Aidilfitri tahun ini?… (Padahal mengada-ngada nak bergambar cuma jurufoto je tak de)…

Tapi, disebabkan entry ini adalah cerita tentang raya…. So, aku cuma ada 1 gambar yang boleh aku kaitkan dengan entry ini.

Baju raya 2010

Ok! ini adalah baju raya aku bagi tahun ini. Aku sebenarnya mencari baju raya berwarna dark brown untuk dipadankan dengan selendang. Cari punya cari… Sampailah hari-hari terakhir Ramadhan… aku masih tidak berjumpa dengan pilihan hati. Sudahnya, minggu ke-3 Ramadhan… aku temui baju ini. Walaupun tidak dapat memenuhi impian hati. Aku gagahkan jua untuk membeli baju ini. Kebetulan pula, baju ini cuma ada 1 saja lagi dan size yang tinggal memang bersesuaian denganku. Dapatlah aku beraya dengan baju berwarna dark brown seperti yang diidam-idamkan. Cuma, 1 saja yang aku kurang berpuas hati. Wristlet coach brown yang aku order belum sampai-sampai lagi. Aku dimaklumkan bahawa wristlet tersebut sudah di-post pada hari Jumaat seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan. Sekali lagi angan-anganku untuk memakai baju dan selendang dengan wristlet berwarna brown tidak kesampaian. Sedih tau!… 

Kalau aku rajin, nanti aku akan uploadkan gambar selendang brown itu… Tunggu saja entry akan datang..

2 thoughts on “10 SYAWAL KE??

Leave a Reply to RinnAzrinah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up