NAK JADI HULK

Waktu kejadian adalah lunch hour
Tipu!!… Itu tidak benar..
Sebelum pukul 1.00 pm aku dah terpacak kat kantin..
Sila baca perbualan ini sampai habis.

Jack : Hei Kecik… nak minum apa??… sambil tersengih-sengih macam kerang busuk…
Aku : Jus Jambu Pak Cu ada??
Jack : Tak ada.. Dah tak jual..
Aku : Habis tu? Apa yang ada?
Jack : Jus tembikai.. jus tomato… blablabla…
Aku : Jus honeydew!

Dah habis bersoal-jawab dengan budak Jack, aku ke kaunter pula.

Aku : Nasi goreng ikan masin plus telur dadar satu…
Minah Rus : …….angguk ambil kertas dan tulis order
Aku : …. ambil duit terus bayar harga makanan dan minuman tadi….

Dah siap order makan, aku terus melangkah ke bilik makan VIP…
Cis!!….perasan VIP sungguh aku kan??…
Banyak lagi tempat kosong kat luar…
Nak juga makan dalam bilik VIP tu…huhu

Lebih kurang 10-15 minit, Mat datang kepadaku dan berlaku lagi sesi soal-jawab antara kami.

Mat : Boleh order lain tak?
Aku : Kenapa pula?… dahi dah berkerut-kerut diterpa kehairanan..
Mat : Nasi habis. Baru nak ambil kat restoran bawah.
Aku : Aik…. Kenapa tak bagitahu awal-awal?… Pergi ambil menu..
Mat : Alaaa.. menu sama je… Cuma nasi yang goreng2 je tak de…
K.Nurul : Mana nak ingat menu apa yang ada…

Mamat itu berlalu pergi untuk mendapatkan menu. Dia datang balik…

Mat : Nah!…

Aku ambil menu… tenung-tenung menu…
bincang-bincang dengan Kak Nurul…
nak makan apa?..
Ok!… aku decide nak makan Bihun Cantonese.

Kena tunggu lagi… orang lain dah habis makan tapi makanan aku belum sampai lagi…
Datang Minah Mok bawa pinggan…
Aku dah senyum…
Akhirnya…. makanan sudah sampai…

Sekali Kuey tiau Cantonese yang sampai………..
Arghhh!!!……Ini memang mendatangkan kemarahan…
Minah Mok ambil pinggan tersebut dan dengan segera ke dapur untuk membetulkan kesilapan…
Aduh!!…tunggu lagi…..
selera sudah semakin hilang….
rasa macam nak cancel je…

Aku pergi ke kaunter dan tanya Minah Rus lagi..

Aku : …pandang Minah Rus dengan muka bengang sambil angkat kening gaya Ziana Zain..
Minah Rus : tengah masak kak… tadi salah buat. Tukang masak sedang masak bihun akak tu..
Aku : Ok!… tapi, saya dah bayar harga nasi goreng ikan masin plus telur dadar tadi…

Aku terus berlalu… Kembali ke bilik VIP….
Nasib baik dia kata tengah masak.. kalau tak, memang aku dah cancel!…
Kali ini baru betul… bihun Cantonese
Tapi, rasanya memang hampeh!… tak sedap!…
Memang tak sedap atau selera sudah hilang semua?..
Aku cuba makan lagi… dan, nampaknya tidak dapat aku habiskan….

Sudahnya….. bihun Cantonese plus Jus honeydew cuma berharga RM 5.00 sahaja…. sama harga dengan  nasi goreng ikan masin plus telur dadar plus Jus honeydew yang aku order tadi…. Actually, Bihun Cantonese harganya RM 4.00 dan jus itu cuma RM 2.00++

Bukan silap aku ya…..

4 thoughts on “NAK JADI HULK

  1. Mr Paktam says:

    sebelum komen aku nak gelak dulu..
    ha ha ha ha…(gelak jahat)
    cerita yang menarik he3, ini boleh mendatangkan maarahhh,nak pla tgah lapar terjadi pla pristiwa camtu..

    Reply
  2. Unknown says:

    haha..
    ak pon penah kene…
    smpai mber ak ckp…
    "dah3 la..makan je apa yg diorg anta..kesian kat diorg"
    =_="

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up