MASAK & MAKAN…

Perghhh!!…semalam, aku tunjuk skill memasak kat mak mertua.. Tapi, tak tau sedap ke tak.. Nak tau aku masak apa?.. You all bacalah sampai habis erk.. Aku masak simple je… Janji boleh makan.. Ok! Sementara menunggu inchek hubby balik dari pasar, aku buatlah apa yang patut.

Nasi Lobak Merah

Mula-mula, aku sediakan bahan-bahan untuk masak nasi carrot ni. Senang je. Lagipun, semua bahan untuk masakan ni memang dah ada kat rumah..

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah;

Beras – 2 pot (ikut suka masing-masing nak guna beras apa pun)
Air – ikut sukatan beras.., 2 pot (aku selalu ikut berapa banyak beras yang nak dimasak.)
Carrot – ikut suka masing-masing (diracik halus)
Bunga cengkih – 5 kuntum
Bunga lawang – 3 kuntum
Buah pelaga – 3 biji
Kulit kayu manis – 2cm
Bawang besar – 1 biji (dihiris)
Minyak masak – 1/2 @ 1 senduk besar
Mentega – 1/2 @ 1 senduk besar
Sedikit garam

Cara-cara nak masak pula;

Panaskan minyak & mentega. Tumis bawang, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis sehingga wangi. Selepas itu, masukkan air, beras & carrot… Bubuh sedikit garam dan gaul rata. Biarkan hingga masak..

Kari Udang

Inchek hubby dah balik. Bahan-bahan untuk menyediakan makanan di atas sudah pun sampai.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk meyediakan kari udang adalah;

Udang
Bawang merah – dikisar
Lengkuas – dikisar
Kunyit hidup – dikisar
Buah keras – dikisar
Cili kering – dikisar
Serai
Sedikit belacan
Santan
Kari udang
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara-cara memasak;

Panaskan minyak. Masukkan serai & tumis bahan kisar & rempah kari hingga wangi. Masukkan santan, biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan udang. Tambahkan air & sedikit garam. Kacau hingga semua bahan masak..

Jelatah Timun

Part ni yang paling senang. Cuma perlukan timun, nenas, udang kering, cili merah, bawang besar, gula & garam. Selepas itu, gaulkan semuanya sekali. Apa yang penting, mana bahan yang perlu dipotong, potong… yang perlu ditumbuk, tumbuk… yang perlu dihiris, hiris… Janganlah you all masukkan sebiji-sebiji. Agak-agaklah!….

2 thoughts on “MASAK & MAKAN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *