KALAU AKU KAYA..

Kalau aku kaya, apa aku nak buat erk? Kamu tahu? Hurmmm… kamu mesti tak tahu kan? Sebab aku sendiri pun tak tahu apa aku nak buat kalau aku kaya. Harap-harap bila aku kaya nanti, aku tak lupa diri.. tak lupa asal-usul… tak lupa keluarga.. yang penting, tak lupa agama.
Kalau aku kaya, akan aku dirikan sebuah istana dan menjemput kedua orang tuaku tinggal bersama.. akan aku sediakan pembantu rumah agar mereka dapat berehat secukupnya. Akan aku sediakan segalanya untuk mereka kerana mereka telah banyak berkorban untukku. Menghabiskan wang ringgit demi membesarkan kami adik-beradik… Aku ingin lihat mereka bahagia… Aku ingin lihat mereka tersenyum gembira…. Tapi, apakan daya? itu cuma angan-angan kosong belaka. 
Kalau aku kaya, akan aku kongsikan kekayaanku itu dengan mereka yang benar-benar memerlukan. Insya Allah! Akan aku agih-agihkan sebahagian daripada kekayaanku untuk rumah-rumah anak yatim. Tapi, aku tak nak menderma kepada mereka yang selalu minta derma di stesen-stesen minyak. Aku bukan tak kesian melihat mereka. Tapi, aku bimbang mereka dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dengan mudah.. Apa-apa pun, itu cuma sekadar impian kosong. Tidak mampu aku menggapainya.

Kalau aku kaya, pastinya aku sudah bergelar jutawan ataupun hartawankan? Kamu tahu apa maksudnya? Maksudnya aku sekarang sedang berangan-angan untuk menjadi orang kaya.. Hahaha! Berangan-angan adalah salah-satu terapi release tension tau! Bukan main-main.. Dalam angan-angan je kita boleh membuatkan jalan cerita jadi menarik kerana segalanya di bawah kawalan kita sendiri. Kita pengarah. Kita pelakon. kita penulis skrip.

Kalau kamu jadi kaya, apa yang akan kamu lakukan?

3 thoughts on “KALAU AKU KAYA..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up