PES LAKSA SARAWAK

Ingat lagi tak dengan entry ini?

Ok! sekarang aku nak tunjuk gambar pes laksa Sarawak pula.

Aku selalu minta tolong kawan-kawan dari Sarawak untuk dapatkan pes ini. Ada beberapa jenis yang aku dah cuba. Tapi, tekak aku tak boleh terima pes yang lain selain daripada pes laksa Hj. Manan. Supplier yang aku selalu contact untuk dapatkan pes Hj.Manan adalah Kak Leha. Nak contact dia? Owh! maaf… dia bukanlah supplier dalam erti kata perniagaan yang sebenarnya. Dia adalah office-mate aku kat Labor Office dulu. Dia adalah orang Sarawak. Dan, setiap kali dia balik Sarawak… aku pasti akan minta pertolongan dia untuk membeli pes tersebut. Tapi, sekarang aku punya supplier ni dah transfer balik Sarawak. Susahlah nak dapat supply. Nak kena cari supplier baru ni.
Selain daripada Kak Leha, aku ada juga minta pertolongan kawan lain dari Sarawak. Dia adalah Chriss Shirliot. Dia merupakan salah-seorang peserta kursus Induksi 2004. Sama dengan aku. Tapi, dengan dia aku takkan dapat brand Hj.Manan. Aku akan dapat brand lain. 
So, dengan ini… aku nak tanya kamu semua… Siapa di antara kamu yang boleh supply pes Hj.Manan kat aku? Aku nak sangat. Dah lama aku tak makan laksa Sarawak tau.. Kalau tak dapat supplier sampai pertengahan tahun ni, maknanya tak de laksa Sarawaklah raya nanti… Itu dah jadi macam trademark aku dah tu.. Lupa! tahun ni aku beraya di Sabah. Jangan marah erk… Memang takkan adalah laksa Sarawak tu… Tapi, kalaulah tiba-tiba aku mengidam nak makan laksa Sarawak… apa nak buat tu?.. Maknanya kamu semua kena cari supplier untuk aku time tu ok!

4 thoughts on “PES LAKSA SARAWAK

  1. Techgearink says:

    Assalamualaikum,
    Berita baik untuk peminat Laksa Sarawak di Semenanjung Malaysia.
    Saya adalah pembekal pes Laksa Sarawak Hj Manan dan kini berada di semenanjung malaysia. Sekiranya anda berminta untuk membeli pes tersebut, sila hubungi saya 019-8299460 atau email ke iskandarudin@yahoo.com. Order juga boleh dibuat secara online melalui page FB Laksa Sarawak Haji Manan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up