HIDUNGKU SENSITIF!

Tengah aku duduk diam-diam di kerusi office aku ni… tiba-tiba hidung aku terhidu sesuatu.. Terus terbayang dalam kotak fikiran aku… Sotong bakar! Mengapakah hidung ini menjadi semakin sensitif? Aku tercari-cari dari mana datangnya bau itu.. Tapi, tidak ketemu. Arghh! sudah… terdera jiwa dan ragaku. Apakah maksudnya aku teringinkan ia? Owh! tolonglah! di mana harus aku dapatkan ia? 
Dek kerana hidungku masih terbau-bau hingga ke petang… Sanggup aku buang sedikit masa untuk meng-google gambar sotong bakar itu agar dapat sedikit ketenangan di jiwa. Tak sanggup aku untuk berhadapan dengan keinginan yang semakin membuak-buak ini. Tolong! tolong! aku memang teringin sangat.. Di mana boleh aku dapatkan ia? Inchek Hubby, tolong!
Sotong bakar itu tetap menghantui diriku. Aduh! Jangan sampai aku termimpi-mimpi akan sotong Paul pula. Cis! baru tengok gambar pun air liur dah meleleh. Kalau dah ada di depan mata.. apa agaknya yang berlaku ye? Mesti aku tak sempat nak pandang kiri-kanan… Depan-belakang…jauh sekali! Terbayang-bayang akan kelazatan menikmati sotong bakar itu… 
Wah! jauh sungguh aku berangan. Entahkan dapat..entah tidak… Kat Shah Alam ni, di mana boleh  aku dapatkan sotong bakar erk? Aku tak nak masak sendiri.. Aku nak orang bakarkan untuk aku…Hahahaa!…Demand-lah pula.

8 thoughts on “HIDUNGKU SENSITIF!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up