Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua.
Maka, secara rasminya diumumkan bahawa esok adalah hari pertama kita semua akan berpuasa. Tapi, time penyimpan mohor besar raja-raja yang baru tu buat announcement… aku tak de feel.. tak berdebar-debar langsung… tak excited.. hahaa…
Sumber : sini
Anyway, jangan lupa pasang niat berpuasa tau… Ini niat puasa untuk sebulan….

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Ini pula niat puasa harian…

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Sebelum terlupa!… aku sertakan sekali doa berbuka puasa..

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka  dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Sekali lagi, aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah SWT…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up