Kuih Getas

Ingat lagi tak pasal kuih getas yang tertumpah garam tu… Ingat? Ingat tak?.. hurmm.. kalau tak ingat, tak apa.
Oleh kerana frustrated.. aku cuba buat sendiri. Alhamdulillah! menjadi.. cuma, sebab aku kurang sabar… sira gula tu melekit dan tak melekat… Ok! kamu mesti nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kuih ini kan? So, let’s go babe!
Bahan-bahan yang diperlukan;
3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air
minyak untuk menggoreng
Untuk sira gula;
1/2 cawan air
1/2 cawan gula
Cara-caranya;
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan kelapa parut… Campurkan air dengan garam dalam cawan yang lain… Kemudian, tuang campuran air garam tadi ke dalam mangkuk berisi tepung dan kelapa parut. Uli hingga sebati dan menjadi doh. Jangan lembik sangat dan jangan keras sangat.. Agak-agak sendirilah. Kalau rasa macam keras, tambahkan sedikit air. Seterusnya, ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.. Suka hati kamu nak buat size mana pun.. Dah siap gentel semuanya, goreng dengan api sederhana.. Aku tak goreng time tu juga… sebab aku buat malam.. simpan dalam peti ais dulu… esok paginya baru aku goreng.. Ada tujuannya aku simpan dalam peti ais tu… Itu sebenarnya nak mengelakkan daripada meletup-letup bila digoreng dalam kuali…
Eh! lupa pula nak bagitahu cara-cara untuk buat sira gula… Senang je! cuma campurkan air dengan gula di dalam kuali… Panaskan dengan api yang paling kecil sekali.. Biarkan sehingga pekat atau membentuk kerak halus baru masukkan kuih tadi dan gaul rata…. Siap!
Anyway, credit to myresipi.com via teratai desa.
Nak resipi asal? klik je… Resipi yang ni, aku dah edit ikut suka hati aku… hehehe!.. Sorry!

8 thoughts on “Kuih Getas

  1. Thristhan says:

    Ohhh, so this is what they call that kuih? I love eating them, but only today know what they were called 🙂

    Reply
  2. Unknown says:

    aka kuih tu susah nak cari skg kecik2 dulu kat kmpg hari2 beli.. sy suke sgt2 kuih tu tq 4 the resepi kak.. sudi2 la follow sy kak 😉 tq

    Reply
  3. RinnAzrinah says:

    @sweetgurl

    kan? skang mmg susah nak dpt.. akak pun mmg suke kuih tuh.. tuh yg gigih gak cari resipi dia… 1st time wat.. menjadi plak tuh… hahaha… ade harapan nak wat lg… hahaa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up