Menulis semula.

Aku pernah hilang minat untuk membaca. Menulis, apatah lagi. Aku terus hilang arah. Aku pernah terniat untuk delete blog juga. Tapi, entah. Aku biarkan saja blog ini tanpa sentuhan.

Masa anak dua, aku masih rajin menulis tapi sudah mula malas membaca. Novel Ramlee Awang Murshid tetap beli walaupun tak tahu bila nak baca.

Kelahiran si kembar pada tahun 2014 membuatkan aku lebih busy dengan kerja di pejabat dan juga tugasan di rumah sebagai part time housewife. Menggalas tugas mak beranak empat, aku terus hilang minat membaca dan menulis.

Sampai suatu masa, aku mula rasa mahu mula membaca lagi. Aku tanya kenalan di twitter dan facebook, novel apakah yang sedang ‘in’ sekarang? Ada yang mencadangkan agar aku mulakan dengan buku-buku Teme Abdullah.

Ya. Selain daripada buku Ramlee Awang Murshid, aku juga sudah mula mencari buku Teme Abdullah. Serius. Aku sudah mula jatuh cinta dengan buku-buku Teme Abdullah. Aku sudah berjaya habiskan kesemua siri jalanan dan siri empayar yang ada. Khabarnya, buku baru sambungan siri jalanan dan siri empayar sedang dalam pembikinan. Excited.

Teme Abdullah? Serius. Siapa yang kenal dia, tolong bagitahu aku. Aku nak sangat kenal dia. Semua social media yang dia ada, aku follow.

Bukan apa. Dia penyebab aku mula menulis kembali. Tidak kira menulis di facebook mahupun di dalam blog. Aku sangat terinspirasi dengannya. Terima kasih Teme.

Bila aku sudah mula membaca semula, pasti koleksi buku juga turut bertambah. Setiap bulan, akan ada peruntukan khas untuk membeli buku sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up