Susah kita.

Susah.

Kadang² orang tak tahu kesusahan kita. Susah untuk kita jelaskan. Susah juga untuk mereka faham.

Alhamdulillah. Nasib baiklah aku bukan jenis yang susah lagi menyusahkan. Susah pun aku sendiri.

Dari zaman sekolah lagi. Nak dapat duit belanja sekolah pun, aku kena tolong mak aku berniaga kantin sekolah agama. Bila sekolah menengah, aku kerja part time dengan makcik aku berniaga pasar malam.

Alhamdulillah juga sebab aku dapat biasiswa kecil persekutuan masa tu. RM300 setahun. Dapatlah meringankan sedikit beban.

Tahun ni sudah 16 tahun aku pegang duit sendiri. Alhamdulillah. Restu mak bapak. Cuma, aku rasa terkilan sedikit. Aku tak mampu bahagiakan mak bapak aku. Aku tak mampu nak hulur duit setiap kali bila diperlukan sebab aku juga ada kesusahan aku sendiri. Ada rezeki lebih,aku hulur. Kalau tak ada pun, aku cuba juga usaha walaupun terpaksa ikat perut.

Aku bukan mengeluh. Tapi, aku perlu beritahu apa yang terbuku. Kadang² orang nampak aku happy². Ada masa orang nampak aku moody. Ya. Ada masa aku tak mampu nak sorok atau tipu diri sendiri.

Ada hari aku belanja RM10 sehari. Kadang² itulah makanan untuk sarapan, itu jugalah untuk tengahari. Kadang aku cut makan & minum aku. Aku kata diet. Tapi, sebenarnya aku sembunyikan hakikat. Orang tak nampak susah kita.

Susah aku pun, aku masih tak menyusahkan. Adik-beradik susah, cari aku. Mampukah aku nak tolak? Tapi, bila aku susah.. biarlah aku susah sendiri.

Dan, satu aku minta. Mana² yang ada berhutang dengan aku tu, harap² dapatlah bayar ansur². Aku tak paksa bayar banyak. Sikit pun jadi. Asalkan bayar & habis. Hutang, bila tak dihalalkan.. Maka, teruslah ia menjadi hutang. Bawa ke mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up