Perangai netizen kita.

Perangai netizen kita.

Bila ada sebilangan artis yang sudah berubah ke arah yang lebih baik memberi teguran ikhlas tentang sesuatu isu, pastinya si artis tadi mendapat kecaman paling hebat di dunia.

Mulalah dibongkarkan segala kisah silam si artis tadi. Mulalah keluar segala ayat penyata. “kau dulu pun macam tu juga”. “eleh, kau pun sebelum tutup-tutup semua tu perangai nauzubillah juga”. “janganlah jadi artis kalau tak nak kena kecam”. Euwww.. Yang bukan artis macam aku pun kena kecam juga tau.

Eh. Pernah tak kau baca atau jumpa ayat penyata yang berbunyi “Jangan lihat bagaimana kita bermula tapi lihatlah bagaimana kita berakhir”?

Pintu taubat masih terbuka untuk kita semua. Allah SWT maha pengampun. Tak semestinya dulu kau penyangak penyamun, sampai mati pun kau tetap jadi penyangak penyamun.

Hidayah itu milik Allah SWT. Kalau kau antara yang terpilih, Alhamdulillah. Tapi, jangan bongkak riak takbur pula sampai menerakakan orang lain.

Kalau dulu mulut kau jahat nauzibillah, tak semestinya kau terus begitu kan? Yang penting, macam mana kau kontrol mulut kau yang jahat macam bangkai tu supaya tak terus jahat.

Pernah dengar peribahasa “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”? Maka, jagalah mulut masing-masing. Jangan disebabkan mulut, kita jadi penghuni neraka.

Lupa. Sekarang bukan setakat mulut saja yang jahat. Tangan pun sama jahat. Sibuk jadi keyboard warrior. Sibuk gali salah-silap orang tapi lupa salah-silap sendiri.

Yang paling menggerunkan dari dulu sampailah sekarang. Malas membaca. Betulkan? Baca tajuk tapi tak baca isi. Lepas tu kau viralkan. Netizenlah tu punya perangai. Kalaulah apa yang kau viralkan tu adalah fitnah semata-mata. Kau rasa? Aman tak hidup?

Dosa kita dengan Allah SWT, kita boleh minta maaf direct dekat Dia. Tapi, dosa kita sesama manusia? Kalau tak sempat minta maaf, kau rasa layakkah syurga untuk kita?

Aku tak tau nak cakap apa. Apa yang aku boleh cakap. Kitalah netizen tu. Termasuk kau dan aku. Boleh tak lepas ni kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik?

Aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up