Dhiyaa turns 8.

Happy birthday Dhiyaa. Dah 8 tahun dah awak hari ni. Dah seminggu lebih dok countdown.

Kek hari ni kita order daripada ustazah mengaji awak. Sedap. Tapi, mama lupa nak cakap kat ustazah yang awak tak boleh makan coklat. (topping cheese dalam coklat).

Memandangkan hari ni birthday awak, ok. Lepas ni, awak kena minum teh o ye. Teh O @ kopi O berfungsi untuk melambatkan proses penyerapan zat besi.

Minggu depan awak nak masuk darah lagi. Harapnya hb awak tak drop banyak sangat. Semoga dipermudahkan urusan perubatan awak Dhiyaa.

Apa² pun, mama tetap sayang awak dan adik-beradik yang lain. Walaupun mama selalu marah². Macam awak selalu cakap. Dalam marah ada sayang. Macam tu perasaan mama. Dalam mama marah², mama tetap sayang semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up