Rutin bulanan.

Rutin bulanan. Regular blood tranfusion. Macam-macam dugaan yang mereka tempuh. Contohnya hari ini.

System down. Aku tinggalkan Dhiyaa di klinik paed sementara aku ke unit hasil untuk menyelesaikan urusan pendaftaran. Dimaklumkan pula system down dan unit IT sedang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tersebut.

Nombor panggilan untuk aku adalah 3019 dan nombor terakhir yang dipanggil, 3006. Kau rasa aku kena tunggu berapa lama lagi? Di sini, aku kena belajar bersabar walaupun aku sebenarnya bukanlah seorang yang penyabar.

Aku tengok, orang-orang yang datang dahulu sebelum aku dah mula panas punggung. 2-3 orang dah datang ke kaunter bertanyakan status semasa. Petugas di situ dengan penuh berhemah memberikan jawapan. “System down tapi kami akan proses secara manual. Harap tuan/puan sabar menunggu.”

Kalaulah system down seharian, agak-agak petugas di situ nak suruh patient balik rumah tak?

Manual. Kalau guna sistem pun dah ambil masa yang lama, kau rasa? Dari mula proses pendaftaran, sampai ke proses nak mengambil stok darah di makmal. Semuanya manual. Nak kena isi borang bagai. Menduga betul. Nasib baik aku dah ambil ubat semalam.

Filter problem. Ini lagi satu masalah yang sering dihadapi para pejuang thalasemia. Dhiyaa nak masuk darah kena guna filter. Filter yang bulat tu. Kenapa guna filter? Ok. Darah Dhiyaa ada antibodi sebab tu kena filter.

Darah tak jalan ok. Nak tunggu setitik-setitik darah tu menitik dari filter punyalah azab. Last month, kami balik lambat disebabkan proses pemindahan darah sangat slow. Stress.

Kali ni, 2 kali tukar filter. Alhamdulillah. Laju sungguh darah menitik dari filter. Beg darah yang tadi tak kurang-kurang dah tinggal separuh. Seronoklah si Dhiyaa. Boleh balik awal katanya.

Aku agak ralat sedikit. Darah yang ada dalam filter mula-mula tadi terbuang begitu saja. Darah Dhiyaa dahlah susah nak dapat penderma. Dah ada stok, filter pula bermasalah.

Student praktikal.

Ini memang sangat menduga. Ha ha ha. Dapat kat aku, memang aku bolayan. Malas nak hadap. Sorry ye bakal doktor semua. Bukan aku tak nak bagi kerjasama. Mungkin aku sedikit memilih. Kalau kau datang main terjah tanpa tengok mood aku masa tu memang cari bala.

Nampak je kelibat budak-budak praktikal lalu-lalang, aku terus buat-buat tidur atau sumbat telinga dengan earphone. Jahat kan? Tapi, tak semua budak-budak praktikal aku buat macam tu.

Ada juga yang aku layan baik. Bukan diskriminasi. Tapi, entahlah. Malas nak hadap.

Ok. Bai. Urusan pemindahan darah dah hampir selesai. Boleh balik awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up