Menunggu.

Menunggu.

Menunggu adalah perbuatan yang paling aku tak suka. Aku sedar, aku pun bukan punctual sangat. Tapi, aku tak suka lambat. Aku tak suka tunggu lama². Lebih² lagi di tengah² khalayak ramai.

Aku bingit. Bingit dengan crowd yang ada. Berdengung telinga. Suara² manusia terdengar macam bunyi sekawan lebah. Aku jadi stress.

Hakikatnya, aku introvert. Aku tak suka bunyi bising. Bingit. Terganggu. Mungkin kedengaran agak janggal bagi sebilangan orang. Ada yang kenal aku memang pendiam orangnya. Ada juga yang kenal aku seorang yang bising.

Attitude aku tak sama bila berhadapan dengan perangai manusia. Aku menjadi aku bila aku berseorangan. Tapi, aku juga boleh jadi manusia lain bila² masa.

Bukan manusia jadian.

Aku.

10.49 a.m

Hospital Sg.Buloh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up