Pavlova & puding karamel.

Baru sekejap tadi aku scroll down twitter. Aku memang rajin scroll up & down twitter. Tapi, tak rajin nak update kecuali ada sesuatu yang perlu aku kongsikan.

Ok. Tiba² mata aku terhenti & terpaku dekat 1 tweet ni. Dia buat perbandingan antara pavlova dan puding karamel yang mana kedua² bahan utamanya adalah telur.

Dia kata pavlova diperbuat daripada telur yang dikacau sampai gebu yang dipanggil meringue. Puding karamel pun daripada telur. Tapi harga buka mata. Dia pilih puding karamel sebab sedap & harganya juga murah. Aku tak marah dia pilih puding karamel tu. Tak marah pun.

Dia tau tak nak buat pavlova tu macam mana? Aku sakit hati! Sebab aku failed tang meringue. Dia ingat senang ke? Nak buat dia kena ada skill. Kena pandai ok. Kena pandai. Leceh tau!

Pavlova ni mahal sebab penggunaan letrik, masak nak kena lama. Kena simpan pula semalaman. Whipping cream dengan segala jenis berries lagi. Kos semua tu.. Kos. Kau rasa?

Kau pergi survey harga berries tu sekarang? Paling murah berapa kau dapat? Geram pula aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up