Kulit buku.

Cerita semalam. Rehat kan panjang. Aku cuma lepak MPH. Ralit. Sampai buku UPSR pun aku belek sama.

Aku punya 1 masalah. Aku agak obses dengan gabungan warna hitam & merah. Aku boleh jadi gila sekejap. Walaupun ilustrasi kulit buku.

Tahu tak? Ilustrasi kulit buku juga memainkan peranan penting. Walaupun content menarik tapi kulit buku sendu, tak laku nanti. Kau kena pandai kalau kau nak buku kau laku. Dan, kau harus tahu siapa target kau.

Hanya kerana kulit buku, aku jadi pening. Pening nak pilih yang mana 1. Bukan novel cinta. Itu aku dah bosan. Aku mencari sesuatu dalam cerita. Cerita yang buat aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Cerita yang boleh buat aku lupa segalanya. Cerita yang tak mampu aku ceritakan.

Setakat ini, aku tetap setia dengan novel² tuan Ramlee Awang Murshid. Alhamdulillah. Boleh dikatakan 98% buku beliau telah aku miliki. Aku tak nak tulis panjang² pasal novel tuan RAM sebab aku dah selalu tulis. Akan datang, Haura. Aku tak sabar.

Selain itu, aku juga tunggu buku baru Teme Abdullah yang katanya akan keluar sempena PBAKL Mac nanti. Eh. Banyak lagi buku Teme yang aku tunggu². Katanya siri Jalanan juga sedang dibikin selain siri Empayar. Kulit buku Teme melambangkan siapa Teme Abdullah.

Dan, malam ini aku baru saja selesai membaca novel bertajuk Feminis yang ditulis oleh Taufik Morhaiji. Ada sesuatu di situ yang membuatkan aku menangis. Hati tisu kan? Biasalah. Ada masa nanti aku buat review. Itu pun kalau ada yang nak bacalah.

*pernah simpan cita² nak jadi penulis.

*hobi yang terhenti seketika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up