Cuma teguran.

Maaf menegur.

Aku ada ramai kawan² yang berniaga supplement secara online. Aku tak marah kawan² aku nak meniaga. Tak marah langsung. Tapi, boleh tak kawan² promote produk sendiri tanpa menjatuhkan produk orang lain?

Aku tak marah kawan² aku nak jual Yang Lebel ke, Sharkeel ke, Biol Lebih ke.. Suka hati kawan² lah.. Aku tak marah. Tapi, berhemahlah.

Lagi² bila kau pernah jual produk Biol Lebih dulu, lepas tu kau tukar pula jual produk Yang Lebel. Berbakul² kau kutuk brand yang kau pernah bawa dulu. Tanpa kau ingat yang brand tersebut pernah menjadi punca rezeki kau.

Tolonglah. Kau nak tukar jual produk lain pun, aku tak marah tapi janganlah sampai condemn brand yang kau pernah bawa dulu. Berniagalah secara berhemah. Boleh?

Contohnya macam aku. Aku pengguna tegar Sharkeel. Suami aku pula pengguna & pengedar Senna. Aku tak pernah guna produk dia. Tapi, dia tak sedar aku selalu bagi dia makan ostero bila dia sakit kepala. Aku & dia tak pernah pun saling memaksa untuk jual produk masing². Aku tak pernah paksa dia untuk guna Sharkeel tapi aku buat dalam diam. Ha ha ha.

Kalau tak puas hati sekali pun terhadap produk lain, jangan suarakan. Biar. Apa yang perlu kita buat adalah tunjukkan bahawa produk kita memang terbaik. Jangan cuba² bandingkan dengan produk² lain. Ada faham?

*nama² brand @ produk terpaksa diubahsuai demi menjaga hati semua pihak.

*yang faham, fahamlah.

*tak faham, cuba fahamkan.

*ok. Bai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up