Si penjual insurans.

Maaf. Satu lagi teguran murni untuk semua.

Kebelakangan ini, ada satu perangai manusia yang aku cukup tak suka. Kematian. Ya. Tentang kematian. Kawan² nak berniaga insurans, boleh. Tak salah pun. Tapi, tolong jangan jadikan kematian seseorang sebagai modal kawan² untuk menjual.

Tak faham? Begini. Si Minah baru saja kematian suami. Dia tak pernah lagi update status tentang perasaan dia sejak kematian suaminya. Tapi, ada seorang kawan si mati yang baik hati rajin berkongsi kisah tentang kematiannya.

Si kawan ini namanya Abu. Si Abu sepanjang hari dok update status tentang arwah sahabatnya. Hendak dijadikan cerita, si Bedul pula mencelah di ruangan komen dengan menawarkan segala jenis pakej yang beliau ada. HOI!!! Kalau ye pun nak menjual, tolonglah respect sikit. Tengoklah keadaan. Orang lain tengah bersedih kot. Tak payahlah letak hashtag “si mati telah mati, kita yang hidup perlu mendapatkan pakej blabla supaya tidak susah di kemudian hari”.

Itu namanya mengambil kesempatan. Beragaklah. Jangan jadikan kematian sebagai modal untuk kau menjual. Dan, sila jujur dalam menjual. Terangkan satu-persatu. Do & don’ts. Belajar betul². Faham betul² supaya senang kau nak explain bakal prospek kau.

Kalau tak cover, bagitahu betul². Jangan ajar prospek menipu. Esok² kalau ada masalah, prospek. Bukan kau.

*aku bukan anti penjual insurans.

*ramai kawan jual insurans.

*mohon berhemah.

*Itu saja.

*jangan paksa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up