Ikan singgang?

Dia tak percaya aku tak suka makan ikan singgang. Tapi , itulah. Betullah tu. Aku tak suka makan ikan yang tak ada warna. Kalau nak buat sup ikan pun, aku akan goreng dulu ikan tu. Baru campak dalam sup.

Ikan. Aku lebih suka bergoreng atau masak kari. Tak pun masak kicap. Selain daripada itu, aku memang tak suka. Kau bagilah aku ikan siakap masak stim. Aku memang tak boleh hadap. Tapi, aku boleh rasa. Kalau tekak terima, Alhamdulillah. Kalau tak, memang tak berusik langsung.

Kisahnya dulu, En. Suami pernah suruh aku masak untuk dia. Eh. Masa tu tengah bercinta ke bertunang ye? Aku lupa. Maklumlah. Faktor usia. Ha ha ha. Kau tahu kan aku tak suka masak sebab memasak itu memang bukan aku. So, aku masak menu yang paling simple dan bagi dia rasa.

Itulah rahsianya kenapa aku suka masak ikan singgang masa tu. Bukan sebab aku suka makan. Kah. Pecah rahsia.

*masih tak suka makan ikan singgang.

*pecah rahsia.

*eh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up