Malaikat dan tugasnya.

Usai solat maghrib, si kembar datang mendekat & duduk di riba. Jom baca doa kata mereka. Doa dalam lagu. Pandai. Aku cuma mengaminkan saja.

Lepas tu, aku bercerita tentang malaikat beserta tugas²nya. Si kembar kata mereka dah belajar pasal malaikat di sekolah. Alhamdulillah.

Tapi, aku tetap explain satu persatu. Sampai part Munkar & Nakir, aku terkedu sebentar. Mencari jawapan.

Aku : Abang tahu tak tugas Munkar & Nakir?

Si kembar menggeleng serentak. Tak ingat kata mereka.

Aku : Munkar & Nakir tugasnya menyoal tentang amal kita semasa dalam kubur.

Nazheef : Alah mama. Mama tolonglah jawabkan nanti.

Aku : Masa tu abang kena jawab sendiri. Mama tak boleh tolong jawab dah untuk abang.

Nazheef : Habis tu macam mana nak jawab?

Untuk menjawab pertanyaan seorang budak, bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka akan terus bertanya.

So, aku ulang semula pertanyaan si Nazheef. Macam mana nak jawab? Ada sesiapa boleh tolong explain dengan jawapan yang lebih mudah untuk difahami oleh seorang kanak² yang usianya bakal menjangkau 6 tahun Mac nanti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up