Throwback; seminggu sebelum.

25/02/2020 nanti akan genaplah tempoh 7 tahun keberadaanku di JBG Selangor.

Jadi, kali ini aku akan menceritakan sesuatu yang berlaku sebelum aku lapor diri di JBG Selangor.

2 minggu sebelum tarikh itu, aku telah menerima kejutan daripada JPA. Aku dapat surat pertukaran ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Biasalah kan. Sebelum lapor diri, kita mesti recce dulu tempat kita nak pergi tu. Aku pun contactlah seorang kakak ni. Nama biarlah terus dirahsiakan. Aku tanya dia macam² pasal mahkamah. Dia kata ok je. Kerja banyak. Bagi aku, kerja banyak bukanlah 1 masalah.

Hendak dipendekkan cerita. Beberapa hari sebelum aku lapor diri ke JPM, aku lepak² minum teh o ais bersama K. Lyn dengan seorang lagi kawan K. Lyn. K. Lyn ni dulu PTS di MTSA. So, aku pun kenal juga beberapa orang kawan dia yang sedang bekerja di sana. Kawan yang ini biar aku perkenalkan dengan nama A.

Tiba² kawan tadi buka cerita. Mukadimahnya mudah sangat.

“Rinn kenal tak dengan Kak ***.?”

Aku senyum & angguk.

Dia pun bercerita yang si Kak *** tadi sibuk bercerita macam² pasal aku di MTSA.

Mak aiii. Aku belum pun lapor diri dah macam² kau cerita kak. Tak pe.. Tak pe.. Aku diam. Sabar. Aku tak terus percaya.

Jumpa pula kawan yang seorang lagi. Pun bekerja di MTSA. Juga bertanyakan soalan yang sama. Dah kenapa? Cerita yang sama juga aku dengar. Aku diam lagi. Dia, aku perkenalkan dengan nama B.

Tiba² kawan kat FB pula tanya soalan yang sama. Stresslah. Apa masalah sebenarnya ni? Kawan yang ini pula, biarlah dikenali dengan nama C.

Kawan² aku yang aku ceritakan di atas masing² tidak tahu apa perkaitan antara aku dengan kawan² yang lain. Tak faham? Si A tak tahu aku kenal si B & C. Si B pun tak tahu bahawa si A & si C juga mengenali aku. Si C pun begitu juga keadaannya. Masing² tidak tahu. Aku cuma perkenalkan yang 3 ini saja. Biarlah D, E, F, G dan yang lain² tidak aku masukkan ceritanya di sini.

Lupa. Si kak *** sebenarnya pernah bekerja sebumbung dengan aku. Tapi, tidak pernah selantai. Di mana? Tak perlu tanya. Cukup aku saja yang tahu. Sejauh mana dia kenal aku? Wallahualam.

Apa perasaan kau bila orang yang tak pernah bekerja sekali dengan kau tapi bercerita macam² pasal kau? Seolah² selama hari ni, dia duduk betul² kat sebelah meja kau. Sedangkan dia juga hanya mendengar cerita tentang kau dari mulut orang lain. Kau rasa?

Orang macam inilah yang mampu memporak-perandakan pejabat. Sejenis nasi tambah. Aku cukup tak berkenan. Biarlah orang lain alami sendiri. Kenal sendiri. Tak perlu kau nak bercerita.

Pada tarikh yang tercatat di atas. Aku lapor diri di JPA & terus ke JPM. Di JPM pula agak panjang ceritanya. Katanya, pihak mereka tiada menerima apa² surat dari JPA. Allahu. Apakah lagi ujian yang harus aku tempuh?

Aku maklumkan kepada PIC yang aku tidak mahu ke MTSA. Tapi aku mahu ke JBG Selangor. Aku katakan kepadanya seperti aku sedang keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga sekiranya masih memilih MTSA. Person In-Charge pada masa itu adalah Pn. Mariam. Dia minta aku berehat² sebentar di library sementara mereka berbincang semula.

Petang lepas sembahyang Jumaat, Pn. Mariam call aku semula & minta aku datang untuk ambil surat penempatan. Aku sempat bertanya ” MTSA atau JBG Selangor?”. Pn. Mariam tidak menjawab pertanyaan itu. Dia cuma jawab “datang dulu ambil surat.”

Berdebar² aku masa terima surat penempatan tersebut. Aku intai. Tapi tak nampak pula. Alah. Dengan lafaz Bismillah aku pun buka surat tersebut. Sebaik saja terpandang alamat JBG Selangor. Aku menjerit tanpa sengaja. Alhamdulillah.

Sebenarnya, aku dah lama dah recce JBG Selangor ni. Tapi, rezeki lebih berpihak kepada K. Nurul. Aku yang cop, dia yang dapat dulu. Ha ha ha. Macam mana aku dapat tahu pasal JBG Selangor? Itu berbalik semula kepada cerita posting pertama aku. Ingat lagi si mamat poyo? Si Rizal tu lah. Dialah yang bagitahu aku JBG Selangor ada post kosong. Post yang si Rizal bagitahu aku tu tak dapat kat aku pun.

Kali ni, K. Nurul pula yang inform kat aku ada staff kat situ nak bersara. Dia suruh aku buat surat siap². Aku pun cepat² buat surat rayuan. Aku ingat lagi tarikh surat tu. 17/12/2012. Alhamdulillah. Akhirnya, rezeki tetap aku yang punya. Rezeki tidak pernah salah alamat. Cepat atau lambat saja.

7 tahun. Aku rasa cukup lama. Aku sejenis yang tak boleh berlama²an di satu² jabatan. Aku perlukan persekitaran baru. Kawan baru. Pengalaman baru. Tapi, biarlah dulu. Ada masalah yang perlu aku selesaikan dulu.

*coretan 7tahun.

*jangan suka jaja cerita.

*aku kenal kau.

*kau kenal aku.

*tapi kenal yang macam mana?

*pernah selantai denganku?

*atau cuma sebumbung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up