Anak aku talam dua muka.

Anak aku talam dua muka!

Ada perkaitannya dengan cerita viral semalam. Tapi, ini versi pandangan mata aku sendiri. Tidak melibatkan pandangan dan pendengaran orang lain.

Ini cerita aku dan anak aku. Cerita tahun 2018. Cikgu kelas Dhiyaa selalu panggil aku ke sekolah bagi membincangkan masalah Dhiyaa. Kata cikgu, Dhiyaa langsung tak nak bercakap bila cikgu tanya. Nak datang ke depan kelas, jauh sekali. Tapi, kerja sekolah semua dia buat. Arahan cikgu semua dia ikut. Suara saja yang tak keluar².

Di rumah, suara dialah yang paling kuat. Paling nyaring. Dialah jadi kepala. Sekali dia tempik, adik² dia pun takut. Tapi, itulah. Keadaan itu berlaku cuma di rumah. Bila dia berada di luar dari kawasan rumah, dia jadi orang lain. Bukan introvert. Extovert jauh sekali. Dia punya malu tu lain macam. Dia punya personaliti bertukar 360°.

Masa cikgu dia terangkan apa masalah Dhiyaa, aku pandang muka cikgu tu betul². Terkeluar dari mulut aku “biar betul cikgu? Kat rumah dialah yang paling banyak cakap. Suara pun boleh tahan”.

Baru² ni pula, ustazah mengaji dia pula yang mengadu. Katanya Dhiyaa susah nak keluar suara. Nak dengar suara dia kena duduk rapat² dengan dia dan pasang telinga betul². Sampaikan ustaz kat tempat transit dia cakap nak letak mikrofon dalam mulut Dhiyaa.

Itu cerita anak aku. Aku sendiri pun tak percaya anak aku macam tu. Kat rumah lain. Kat sekolah lain. Apa rasa agaknya kalau situasi yang berlaku adalah sebaliknya?

Contoh. Pada pandangan mata kau, anak kaulah orang yang paling baik sekali. Pijak semut tak mati. Solat tak tinggal, walhal dia cuma berlakon depan kau. Depan kau ambil wudhu katanya. Lengan baju basah sampai ke siku. Rambut basah. Padahal dia main celup² je. Tapi, masuk bilik tutup pintu layan tiktok. Tak pun, main pubg. Itu yang dia berdrama depan² kau. Dalam rumah. Belum lagi dia buat hal kat sekolah. Belakang kau? Dia sebenarnya kepala gengster kat sekolah. Bila kena tibai dengan cikgu, balik rumah bagitahu cikgu belasah tanpa sebab. Hah! Kau rasa?

Bergaduh, bertumbuk, sepak terajang dengan kawan². Tapi, balik rumah mengadu kata cikgu yang buat. Eh. Wujudkan kes macam ni? Drama king @ drama queen. Everywhere.

Perangai macam ni jangan bawa ke alam pekerjaan, ok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up