COVID-19, Cuti kuarantin?

Covid-19.

Sajalah nak tanya. Terfikir. Kalau ada simptom, kena kuarantin diri sendiri kat rumah. Terpakai tak cuti kuarantin untuk kes² sebegini?

Masih ingat Perintah Am 24 Bab C? Bab cuti. Ataupun, lebih senang rujuk Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 Tahun 2016.

Mana-mana pegawai yang on the way balik dari oversea ke Malaysia yang ditahan di stesen-stesen kuarantin oleh pihak yang berkaitan kerana berlakunya wabak penyakit berjangkit atau dikuarantinkan di dalam rumah sendiri oleh mana-mana kuasa kesihatan (para doktor bertauliah) kerana wabak penyakit berjangkit, mereka adalah layak diberi cuti bergaji penuh sepanjang tempoh tersebut.

Maknanya, cuti kuarantin hanya boleh apply selepas kau menerima rawatan daripada doktor-doktor yang bertauliah. Kena jumpa doktor dulu. Lepas tu, dapatkan rawatan. Bukan duduk-duduk di rumah, layan tiktok sambil makan super ring walaupun dah tahu demam, batuk dan selesema tak kebah-kebah lepas 2 minggu.

*nampak gaya misi zero MC mungkin terpaksa ditunda ke tahun depan.

*betulkan kalau salah.

*baca perintah am.

*plan nak ambil exam tahun depan.

*nak minta pinjam buku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up