Palui.

Aku harap partial lockdown ni biarlah diteruskan dengan kehadiran petugas-petugas keamanan turun di jalanan. Si baju biru atau si baju hijau. Terpulang. Dah bagi can duduk rumah, degil. Pergi mengopi juga.

Biar nampak menggerunkan daripada kita degil berterusan. Manusia Malaysia ni dahlah malas membaca. Tak nak dengar cakap pula tu.

Nak keluar beli barangan dapur, boleh. Tapi bukan bawa seisi rumah. Wakilkan seorang saja. Beli apa yang patut. Lepas tu, baliklah. Jangan singgah mana-mana. Orang lelaki, bukan tak biasa bini pesan hari-hari. Emak- emak pun bukan tak biasa pesan kat anak-anak, habis sekolah terus balik rumah. Jangan merayau. Lupalah tu.

Nampak tak pertambahan kes hari ni? Itu berkait-rapat dengan kluster Tabligh kat KL tu. Bukanlah benar-benar kes baru sebenarnya. Jangan kau salahkan jemaah tabligh semua tu. Mereka pun tak tahu ada di antara mereka itu yang sudah menjadi perumah virus COVID-19. Kluster terbaru adalah kluster di salah sebuah gereja di Sarawak.

Yang patut disalahkan tu hah. Manusia Malaysia yang tak faham-faham. Dah kata duduk diam-diam kat rumah, tak nak dengar. Marah-marah kerajaan bila kes positif COVID-19 meningkat. Tapi, kau sendiri yang ‘palui’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up