Respect to be respected.

Kalau kita tidak sependapat sekalipun, hormatlah.

Senior, tetap ada pengalamannya.

Junior, pun ada ilmunya.

Respect to be respected.

Kita para netizen ni. Suka sangat mencari kesilapan dan kekhilafan orang lain. Kenapa tidak kita gunakan kesempatan yang ada ini untuk sama-sama muhasabah diri.

Kat IG sana, sibuk marah-marah Farah Lee. Suruh orang tu pergi buat saringan bagai. Nak juga aku piat telinga masing-masing. Kalau ada simptom barulah pergi buat saringan. Dia dah kata tiada simptom. Kenapa nak suruh juga buat saringan? Dia dah buat benda betul kot. 14 days self-quarantine. Yang nak marah dia kenapa?

Yang patut dimarahkan tu hah. Yang sah-sah ada simptom tapi tak nak mengaku kontak rapat. Tak nak mengaku ada travel sana-sini. Tu hah. Punca frontliners kita rebah.

Pergi marah orang yang tak nak dengar cakap tu. Masih nak melepak kat kedai kopi main dam aji. Tak nak jaga social distance. Sibuk kenduri kepala kambing. Siap perlekeh RMO/MCO.

Aishh. Aku pula yang geram.

Dah kata duduk diam-diam di rumah.

Duduk rumahlah.

Penat duduk, berdiri.

Macam-macamlah kau boleh buat bila duduk rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up