Novel : Town Mall

Town Mall. Hasrudi Jawawi. 737 pages is done. 10.45pm.

Gila. Memang gila. Penangan MCO. Aku boleh habiskan 737 pages dalam tempoh lebih kurang 12 jam tolak waktu solat, masak dan aktiviti lain.

Kata penulisnya, kisah ini diinspirasikan daripada kisah misteri yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah terbengkalai yang dibina semula di Seremban, yang kini dikenali sebagai Palm Mall.

Kisah ini katanya melata di laman sosial, forum, blog dan akhbar berbahasa cina pada awal Ogos 2014. Cuma, ia berlalu pergi begitu saja tanpa sesiapa tahu kebenarannya.

Novel ini berkisar tentang pembinaan semula bangunan yang terbengkalai. Rusdi dan isterinya sering diganggu oleh wanita bernama Akma sehingga membawa kepada kematian sepasang suami isteri itu.

Siapa Akma? Apa kaitannya dalam cerita ini? Kenapa Rusdi mesti mati? Aku tak boleh bagitahu. Aku pun baru tahu lepas aku baca muka surat 715. Kau cari sendiri novel ni.

Oh. Ya. Kisah ini belum tamat walaupun Rusdi dah mati. Kau tengoklah novel tebal mana.Beberapa bulan selepas kematian Rusdi, Ariana pula mengalami peristiwa-peristiwa misteri yang juga menyebabkan kematiannya.

Ariana dan Zairul merupakan pasangan kekasih. Kehadiran Mawar mengubah segalanya. Serius aku cakap. Part Ariana dan Zairul ni, aku confident yang Mawar ni sebenarnya hantu. Tapi, plot twist memang gila. Aku rasa aku yang gila.

Marini, Adha, Danie dan Yusof berkawan baik dan selalu lunch bersama walaupun mereka berlainan tempat kerja. Hanya Danie dan Yusof saja satu tempat kerja. Telah ditakdirkan mereka berpindah ke bangunan yang baru siap dibina. Town Mall.

Suatu hari mereka terdengar ada orang bercerita tentang misteri yang berlaku dalam mall itu. Mereka ingin membuktikan bahawa mall itu tidak berhantu dan mereka sepakat untuk bermain permainan ouija. Sejenis permainan memanggil roh orang mati lebih kurang macam permainan spirit of the coin.

Marini, Adha dan Yusof saja yang sanggup bermain permainan tersebut. Yusof, seorang yang tidak percaya akan hal-hal ghaib. Danie pula memang seorang penakut. Permainan tersebut diketuai oleh Marini. Part ni, aku malas nak cerita.

Yusof tak puas hati kat Marini. Dia ajak Adha main permainan itu sekali lagi. Di situlah bermula segalanya. Mereka telah melanggar peraturan permainan.

Syarat -syarat permainan tersebut adalah pemain tidak dibenarkan meninggalkan permainan sebelum menamatkan permainan dengan menggerakkan button ke arah perkataan good bye.

Mereka percaya papan ouija tersebut menyebabkan hidup mereka diganggu. Tanpa mereka tahu bahawa Adha telah diganggu sebelum permainan bermula lagi. Danie mati gantung diri. Adha jatuh terhantuk dalam bilik air dan berlaku pendarahan. Dia mati di hospital. Yusof, hilang tanpa jejak.

Marini, Zairul, Akma dan Rezwan terus hidup. Kenapa mereka tak mati macam yang lain? Ramai yang mati dalam cerita ni. Setiap kematian pula berkait rapat dengan Town Mall. Kehilangan Yusof juga terkait dengan Town Mall.

Banyak persoalan berlegar-legar dalam kepala sepanjang aku baca novel ni. Suspens. Curiga. Semua ada. Ada watak terfitnah. Cis. 22 muka surat terakhir baru aku tahu kebenaran. Itu pasal kau orang kena cari sendiri novel tu, baca.

Novel ini juga telah diadaptasi ke layar perak cuma masa tayangan masih belum dapat tarikh baru. Town Mall sepatutnya ditayangkan pada 26/03/2020.Oleh kerana pengumuman RMO/MCO oleh PM hari tu, FINAS telah mengarahkan semua cinema ditutup sehingga 31/03/2020.

Tak tahu bila pula nak ditayangkan.Dan, aku tak rasa jalan cerita movie akan sama seperti dalam novel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up