27 RAMADHAN 1441

Assalamualaikum wbt.

Rasanya dah lama aku tak update blog yang memang tak seberapa ini. Bukan apa. Aku sengaja menjauh daripada semua platform media sosial kecuali whatsapp dan telegram MKN.

Hari ini dah 27 Ramadhan. Kalau ikutkan, kami sekeluarga akan beraya di Sabah tahun ini. Cadangnya akan fly ke Sabah pada 23/05/2020 dan kembali semula ke sini pada 30/05/2020. Tapi, itulah. Kita hanya mampu merancang. Allah SWT jualah yang maha mengetahui akan sesuatu. Dan, DIA-lah yang menentukan segalanya. Makanya, berayalah kita di dalam rumah sendiri.

Aku belajar untuk redha walau dalam pasrah. Ini tahun ke-3 aku tak balik beraya di kampung. Last year, kami tak balik sebab Dhiyaa baru lepas operate buang limpa dan hempedu. Alhamdulillah. Dia makin sihat nampaknya. Cuma, masih perlukan pemindahan darah setiap bulan. Doakan dia ya.

Banyak perkara-perkara positif yang aku belajar sepanjang tempoh PKP/MCO ni. Alhamdulillah. Daripada tak suka masak, aku mula memasak. Setiap hari. Tanpa jemu. Ha ha ha. Bukan senang nak masak tanpa gagal.

Oh. Ya. During Ramadhan this year aku masak sendiri semua juadah berbuka puasa. Daripada lauk sampailah ke kuih-muih. Cuma, di akhir-akhir Ramadhan ini aku mula malas nak masak. Dah start kerja kan. Mood pun ke laut dalam perginya.

Bukan setakat memasak. Bacaan Al-Quran aku pun semakin lancar. Alhamdulillah. Cuma, nak khatam tu mungkin ambil masa. Sepanjang hidup aku, aku belum pernah khatam Al-Quran lagi. Aku tak malu mengaku. Dulu masa mengaji, aku tak join group khatam. Aku pergi mana entah. Masa sebelum menikah pun, aku tak sempat khatam juga. Allah bagi cuti.

Alhamdulillah. Zahraa pun dah khatam. Nak khatam kali kedua pula. Ketinggalan sungguh mak dia. Nak buat macam mana kan? Mak dia banyak main. Lagha. Al-Quran pun baca sekali-sekala. Jahilkan? Kali ini, aku cuba untuk khatam Al-Quran. Tak kiralah lambat pun. Doakan aku untuk terus isiqomah menjadikan Al-Quran sebagai peneman hidup.

Cuma satu saja yang aku tak boleh nak ubah. Aku masih lagi bukan seorang yang penyabar. Aku masih cepat marah. Tambah meluap-luap kemarahan bila anak-anak tak mendengar kata. Macam mana eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up