UNDER ESTIMATE

Aku kurang bersemangat kali ini. Semuanya serba tak kena. Aku mula rasa tak seronok. Aku rasa down. Terciduk bak kata netizen.

Kenapa? Entah. Aku tak mampu untuk bercerita. Dan, aku tak boleh bercerita pun. Tapi, aku perlukan tempat untuk meluahkan segalanya. Ya. Menulis. Dengan menulis, aku rasa puas. Puas kerana dapat melepaskan segalanya.

Taip. taip dan terus taip hingga ke perenggan terakhir. Dengan penuh semangat, aku luahkan segalanya. Cukup puas hati namun pengakhirannya, aku delete semuanya begitu sahaja. Tanpa peduli button UNDO.

Aku rasa fresh bila aku dapat luahkan semua yang menyesakkan dada dan kepala. Aku memang bukan orangnya yang akan bersuara lantang bila ditindas. Aku pendam dan diam. Aku simpan semua. Aku tak mampu untuk meluahkan segalanya secara muka ke muka kerana aku berhati tisu.

Aku tahu. Kau akan kata ‘Jangan simpan. Luahkan saja. Nanti makan diri.’ Masalahnya, aku tak mampu. Aku tak boleh. Aku sedar diri. Aku sedar ruang. Aku selalu biarkan hati aku terluka kerana aku tak mahu hati lain turut terluka sama. Pengakhirannya, aku hanya mampu menangis. Menyesal.

Faham. Menyesal kemudian tak berguna.

Tiba-tiba kau tanya apa kaitan tajuk dengan jalan cerita? Entah. Aku pun tak tahu. Aku rasa apa yang aku taip tadi ada kena-mengena pasal under estimate. Mungkin cerita yang aku dah delete tadi tu. Nak UNDO? memang taklah. No turning back.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up