Actually, mama rasa si kakak ni lambat sikit perkembangan dia…
Biasanya dalam usia kakak sekarang… dia sepatutnya dah lancar bercakap..
tapi, si kakak masih lagi belum pandai buat ayat..
setakat ini.. dia tahu sebut ayat-ayat ini je..
papa e’ alik = papa belum balik
papa e’ ije = papa pergi kerja
papa ije ne? = papa kerja mana?
tak de = tiada
ukak uncet = buka toncet (tocang / ikatan pada rambut)
tuun e’ awah = turun ke bawah
ini adalah beberapa ayat yang dapat mama tangkap…
lain-lain ayat… masih lagi menggunakan bahasa dia…
risau juga…
tapi, harap-harap tak de apa-apalah…
si kakak ni… agak lambat bercakap..
dari segi praktikal… dia cekap!
dan, cepat belajar….
Dia dah faham apa yang kita cakap..
cuma dia sengaja buat kita sakit hati..
dia tau kalau panjat sofa nanti jatuh..
tapi, itu juga yang dia buat…
Geram!
dia tau kita marah kalau dia main air dalam cawan..
dia siap cakap… ‘ukah ati’… means tumpah nanti..
apa yang mama perasan..
dia masih belum boleh sebut perkataan yang ada huruf-huruf ini..
M – contohnya mama, dia sebut nganga…
B – contohnya sabun, dia akan sebut sangun…
Harap-harap itu cuma sementara..
takut juga kalau ia berterusan…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation