Hari ni kakak ada appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 7.. Timbang berat + ukur tinggi.. So far, semuanya Ok! Nurse bagi ubat cacing… ┬áSi kakak.. punyalah membuas kat klinik tu.. penat nak kejar dia.. Semua baby diusiknya.. ‘adik.. adik’… ‘jangan kacau adik, adik nak tido’… macam-macam je lah…

Entry sebelum ni ada bagitau yang si kakak demam kan? Ok! sekarang dia dah sihat.. dah boleh makan aiskrim… mama risau dia kena penyakit kaki, tangan dan mulut je… sebab kat dalam mulut dia penuh ulcer.. tapi, Alhamdulillah! demam biasa je… demam virus..

Tengok! seminggu juga si kakak tak berselera nak makan.. bila dah baik.. hampir semua makanan nak direquest.. Ok lah tu kan? risau mama tengok time dia demam… semua dia tak nak makan.. Sekarang ni mama dah boleh senyum dah…

cerita pasal adik… semalam adik dah genap 7 bulan.. adik dah pandai mengengsot ke depan… sedang berusaha nak merangkak pula…

mama gelak je bila tengok adik belajar merangkak.. sebab kan… bila dia dah merangkak, adik tak reti nak tolak badan lagi.. stuck macam tu je… bila dah stuck, nanti adik nangis.. suruh orang ambil dia… pandai!… Adik ni kan.. pantang tengok kakak dia tidur.. mesti dia kacau…

bayangkanlah.. dari hujung tilam sebelah kiri.. boleh sampai ke hujung sebelah kanan semata-mata nak kacau kakak dia.. nak suruh kakak dia bangun… bertuah! boringlah tu tak de kawan nak main…

dah tak pakai katil… letak tilam semata je… takut jatuh…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation