Assalamualaikum wbt…

Lama sangat blog ni tak berupdate.. So, hari ni aku ambil sedikit masa untuk update apa yang patut la.. Ok! Beberapa hari yang lalu kampung aku dilanda banjir yang agak teruk aku kira.. Lebih teruk daripada banjir tahun 1981. Setahu aku, banjir tahun 1981 tu merupakan banjir yang paling besar berlaku di kampung aku…

Sumber : daripada facebook Cikgu Awang Sham

Penanda aras kedalaman dan keterukan banjir kali ini kita boleh tengok kat jambatan tu… Nampak tak di situ?

Hampir-hampir mencecah lantai rumah.. Nasib baik la air banjir tak masuk sampai ke rumah lagi.. Kalau tak, jenuh juga depa nak bersihkan rumah tu… semput agaknya…

Bila tengok gambar banjir kat sekolah ni, buat aku teringat je… Time banjir je memang seronok sangat sebab dapat cuti…. tapi, bila banjir da surut tu… faham-faham je laaa ye…. kena bersihkan class ok!… cuti-cuti time banjir tu pun kena ganti setiap sabtu…. Itu yang tak best tu… bukannya seronok pun…. hahaha!!…

Berita terkini yang aku dapat daripada family kat kampung… air banjir da surut sepenuhnya da kat pekan… Alhamdulillah!…. Allah SWT sedang menguji kita sebenarnya… Kat kampung aku banjir teruk tapi kat Shah Alam nih… empangan pun kering… panas yang amat….

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Banjir!!!”

  1. danita says:

    dugaan dari Allah, semoga bertabah ya

  2. Fizon says:

    kat mane ne bro,sini di kedah panasnya tuhan sahaja yang tahu
    Fizon recently posted…Contoh Surat Kelulusan CutiMy Profile

    • RinnAzrinah says:

      ralat : penulis adalah seorang perempuan..

      Fizon, banjir nih kat kampung nun di Beaufort, Sabah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation