Assalamualaikum wbt…

Agak terlalu lama senyap dalam dunia blog kan? Sebenarnya, aku telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada 17.03.2014 melalui kaedah cesarean. 16.03.2014 warded di Hospital Sg. Buloh.. Alhamdulillah! 9 bulan lamanya membawa perut yang besar dan berat.. Akhirnya, mereka lahir ke dunia..

Sebelum melahirkan si kembar, hati tertanya-tanya.. mampukah aku? macam mana aku nak jaga 2 orang bayi serentak? aku bukannya seorang yang sangat penyabar.. Tapi, aku positifkan minda.. Allah SWT tidak akan memberikanku anugerah yang terindah ini jika DIA tidak tahu akan kemampuanku.. Syukur! Aku sangat beruntung kerana dapat menyambung legasi kembar dalam keluarga kami.. Kalau sebelum ini aku pernah buat entry berkenaan ahli keluarga aku yang memiliki anak kembar, kali ini aku pula menyambung warisan itu.. Syukur sangat..

Sepanjang mengandungkan si kembar, aku banyak membuat carian di internet berkaitan dengan kelahiran kembar. Dan, aku temui satu group dalam FB iaitu Dianugerahkan Kembar.. Dalam group tu, macam-macam maklumat yang boleh kita dapat.. Apa-apa saja kemusykilan tentang kembar boleh ditanyakan dan dikongsikan di situ.. Bertambah lagi sahabat-sahabat mayaku..

Seminggu lagi, genaplah 4 bulan usia si kembar. Tak sabar rasanya nak melihat mereka membesar..

myNazheef

myNazheef

myNazeeha

myNazeeha

Inilah gambar si kembar.. yang atas tu Nazheef. Lahir jam 9.52am. Berat 2.97kg dan panjang 51.5cm..

Gambar yang bawah tu namanya Nazeeha. Lahir lewat seminit daripada Nazheef. Berat 2.31kg dan panjang 46.5cm..

Si kembar inilah menyebabkan aku agak senyap daripada dunia blog.. Tidur pun awal.. Tak sempat nak buka laptop semua ni.. Kalau nampak aku online fb, itu pun tak bermakna aku ada depan laptop.. Aku sync kan dengan handphone aku tu.. Kalau ada yang hantar message aku tak layan tu… harap maaf je la.. nak update blog pun payah.. dok dalam draft lama sangat entry ni.. taip sikit save.. taip sikit save.. entah bila nak habis aku pun tak tau.. ayat pun da bercampur-baur da..

Ada banyak yang aku nak cerita.. tapi, masa tu membatasi segalanya.. Aku tetap rindu untuk menulis tapi apa daya? Anak-anak dan keluarga lagi penting sekarang.. Eh.. tidur lebih penting… hahaa… bila nak tidurkan anak-anak… confirmed! aku pun terlelap sama…  lagi-lagi bila da start kerja ni.. rasa macam penat je.. tambah pula bulan puasa.. nasib baiklah aku ada ambil supplement untuk membantu agar aku kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari..

Nak tau supplement apa? itu nanti kita cerita ya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Kesenyapan daripada dunia blog..”

  1. Afiqah says:

    wah bestnya dapat baby kembar…kita yang sorang nie pun sis terasa letih..apatah lagi yang kembar kan..tapi best lah pulak lau kembar nie..hehe..
    Afiqah recently posted…Segmen : Kad Raya By Mouth & FootMy Profile

    • RinnAzrinah says:

      memang best dapat kembar… tapi kena sedia dari segala segi laa… mental, emosi, belanja… bukan setakat untuk kembar je.. kena fikirkan juga anak-anak yang lain.. kang majuk plak kang yg kakak2 tuh… sian depa… hehe

  2. RedLinda says:

    kter yang anak sorg ni pun kdg2 x nampak dh mana hphone, tab , PC apa sume kt umah, kalau kembar,x tahu la cmne.hehe
    RedLinda recently posted…Minggu 1 : Cork, IrelandMy Profile

    • RinnAzrinah says:

      hahaha.. kan?… memang merata laa letak semua… tak sempat nak tengok.. kalo ada update tuh kira dalam tempoh bertenang la tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation