Assalamualaikum wbt..

Sorry! Aku tak sempat nak update apa-apa pun kat blog padahal dah target nak update blog setiap hari.. Bukan sengaja tak nak update.. anak-anak kat rumah ni marathon demamnya.. yang kakak admit kat hospital.. yang kat rumah ni lain lagi..

Ok! Last week aku ada join webinar dengan mama rin.. aku rasa korang lebih kenal kot kalo sebut master Azrin Mohd.. memang banyak input yang aku dapat sepanjang sesi tersebut.. cuma, macam mana aku nak mulakan..

Target dah set dah.. yang lima waktu tu pun adakalanya hampir-hampir terlepas, macam mana aku nak kejar target yang lain? Aku tau.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. aku bukan tak nak.. aku nak sangat.. tapi aku juga bukan superMOM yang boleh buat tiga empat kerja dalam satu masa..

Janji dengan Allah swt pun terkadang culas.. ini kan pula janji sesama makhluk.. ampunkan aku ya rabb.. aku agak stress sedikit 2-3 malam ni.. sorang-sorang meragam. Letak yang itu, ini pula melalak.. tidur pun dah tak menentu.. boleh kata tak sampai sejam pun tidur.. belum sempat nak bermimpi sampai ke bulan.. menangis pula sorang-sorang..

Aku bukan nak mengeluh.. tak! Tak sama sekali.. cuma aku minta diberi ruang.. aku perlu kekuatan untuk menghadapi ini.. selagi anak masih belum discaj.. selagi itu aku rasa tidurku tidak lena..

Mungkin Allah swt sedang menguji aku barangkali.. redha dan pasrah.. Allah swt tidak akan menguji aku kalau Dia tidak tahu akan kemampuan setiap makhluk ciptaanNya..

Dah.. dah.. tak nak stress lagi.. kepala sakit jadinya.. aku perlu hilangkan sakit kepala ini… mana dia vitamin b-complex? Mana dia ostematrix aku?

Hanya dengan sebiji vitamin b-complex dan 4 biji ostematrix.. InsyaAllah! Akan mampu mengurangkan sakit kepala… Sejak consume vitamin b-complex dengan ostematrix ni, aku dah jarang sakit kepala.. klinik pun macam lama tak pergi… kalau ada pun, bukan sebab sakit kepala.. itu atas sebab-sebab lain..

Terima kasih kerana memperkenalkan aku dengan shaklee…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation