Assalamualaikum..

Nampak macam dah hampir setahun aku tinggalkan blog ini. Bolehlah diibaratkan seperti rumah kosong yang setahun ditinggalkan. Bersawang. Lipas, tikus semua ada. Itulah yang terjadi. Konon-konon nak jenguk blog, bukalah kat handphone. sekali keluar ‘tutttttttttt’… terkejut mak!. Blog ini diserang malware!.. Cepat-cepat minta bantuan daripada salah-seorang blogger. Alhamdulillah! dengan bantuan saudara Hadihaizil Din, blog aku dapat dibersihkan dengan segera.

Tak banyak yang aku nak cerita. In Shaa Allah! lepas ini aku akan cuba meluangkan masa untuk update blog ini. Aku akan hidupkan semula blog ini. Tapi, aku nak cerita pasal apa? Boleh bagi idea? Mungkin aku patut cerita pasal shaklee. Ataupun cerita pasal si kembar. Aku dah lama tak menulis. Tak tahu apa yang aku nak tulis. Bantu aku…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Post Navigation