Kamu semua mesti ada sesuatu yang indah untuk dikenangkan? Begitu juga aku. Bercerita tentang kenangan terindah, tiba-tiba terasa nak join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang ni… Saja cuba nasib. Menang atau tidak, itu soal kedua. Ini 1st time aku join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang ni. 
Bertemakan Happy Photography, gambar ini jadi taruhannya. Gambar ini diambil pada 29 Mei 2008 bertempat di kampungku. Sesungguhnya ia merupakan detik-detik yang mencemaskan serta mendebarkan aku dan si dia. Alhamdulillah! pada saat ini, kami sudah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri. 
Tiada siapa pun yang dapat menafikan bahawa hari pernikahan adalah kenangan yang paling indah dalam hidup berumahtangga. Dan, semoga ia akan kekal menjadi kenangan terindah dalam hidup ini. 
Dalam hati terasa ingin menyanyikan lagu kenangan terindah…
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun 
Aku mampu untuk mengenangmu
Darimu…
Kutemukan hidupku
Bagiku…
Kau lah cinta sejati
Ooh…
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh…
———-
Oh! ya… sebenarnya, hadiah-hadiah ini yang membuatkan aku teruja untuk join..
  • Hadiah Pertama ialah Olympus PEN Lite E-PL3 Kit bernilai RM 2,499
  • Hadiah Kedua ialah Olympus PEN mini E-PM1 Kit bernilai RM 2,099
  • Hadiah Ketiga hingga Kelima ialah Olympus PEN carry-all bag bernilai RM350
Kalaulah aku menang Kamera Olympus ni, pasti lebih banyak kenangan terindah yang dapat aku rakamkan. Insya Allah! Eh! kalau nak join contest ni, masih sempat lagi. Tarikh tutup penyertaan pada 11.59 pm, 12 November 2011 (Sabtu). 
Rajin-rajinlah buka website Nuffnang ye.. untuk join contest ni, klik sini je… Mana tahu kan rezeki kamu nak menang.. hehehe! 

2 jam yang lalu, aku telah menerima email beserta dengan gambar print screen daripada Rakan Mayaku yang ke-153. Tahniah! Berikut adalah email yang aku terima daripada Fairus Mamat.

Assalamualaikum.
Nak dijadikan cerita, saya layan Innit Nuffnang dan ternampak tajuk entry yang awak “ping” di Innit Nuffnang dengan tajuk Cepat-Cepat. Then dengan segera dan cepatlah saya membukanya. Rupa-rupanya awak mencari followers yang ke 153. Erm.. Dengan bangganya saya terus menjadi followers awak yang ke 153. 🙂
Sebenarnya apa yang istimewanya nombor 153 tu? Cuba cerita.
Dilampiran saya ada sertakan gambar “printscreen” sebagai bukti saya adalah follower awak yang ke 153. – Fairus Mamat

Ok! nak tahu apa istimewanya angka 153 tu?  Nak aku cerita jugakah? Malaslah! Aku dah pernah bagi hint dalam entry terdahulu… Pergi baca sanalah ok!.. hahaha…. kalau malas juga, klik sini je… So, itulah istimewanya angka 153. Hint lagi! mesti kamu bengangkan.. Takkan aku nak cerita.. Kata Rakan Maya, so…. apa kata kamu cari sendiri jawapannya kerana semuanya ada dalam blog ini… Hehehe!

Kepada Fairus Mamat, tolong emailkan alamat kamu untuk tujuan penghantaran hadiah ye…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...