Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama… insyaAllah…
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua… … …
… .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil..Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”
Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.
Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

ntah.. nape aku tiba2 je teringat kenangan lalu… teringat sekolah2 ku… teringat kawan2 ku… teringat segalanya tentang masa lalu…

semasa kecilku, aku agak debab sehingga ade yg memanggilku ngan name “lampuh”… “lampuh” ni dlm bahasa brunei… dlm BM bermaksud gemuk/debab… jalan terkedek2 cam itik org kate laa… semasa kecilku ini laaa aku pernah meminum minyak tanah… nakal kan?…

bila masuk sekolah tadika, aku tadika di St.Paul Kindergarthen..aku bleh dikategorikan dlm kumpulan murid yg agak bijak… aku sering mendapat tempat pertama ketika itu… masuk je darjah 1(SRK St Paul, Beaufort), prestasi ku mula menjunam… aku makin nakal… prestasi ku dlm bidang akademik agak menurun berbanding ngan bidang agama.. aku bersekolah agama(SUIS Pekan Beaufort) pada sebelah petang… bleh dikatekan aku agak pandai laaa dlm bidang agama nih… masuk darjah 4, aku ke sekolah petang & sekolah agama pagi…. dlm tempoh tersebut x de cite yg menarik aku rase…. masuk darjah 6, aku menjadi semakin nakal… aku pernah bergaduh ngan budak2 junior… maklum laa… time tuh kami dikira sbg senior…. aku masih ingat lg babby, tina, wan, hamri, pepen, ismawati, marhamah…. arghhh!! ramai lg laaa…. mereka ini kawan2ku semasa sekolah agama….

masuk sekolah menengah SM.St Paul, Beaufort, prestasiku mula meningkat… aku selalu berada di ranking top 5… 1 je yg aku x suke… blajo BI… aku cukup2 x suke ngan cikgu yg ajo BI… aku slalu kuar time subjek BI…. tuh yg sampai skang x pandai2 BI… sejarah pun aku x suke… sbb cikgu dia suke jerit2 time ngajo… aku paling suke Math ngan ekonomi asas… sastera pun aku minat gak…. tuh laaa subjek yg aku score dlm SPM… mase form 4, yg ajo math miss ong.. dia nih suke sgt cubit org kalo x leh jawab…. ekonomi plak, cikgu azman… dia suke wat kuiz… sape x leh jwb kene dende…. time form 5 lak da tuka cikgu…. cikgu ismail… dia nih pun same cam cikgu azman… suke bg kuiz… tp aku suke….

masuk form 6 lak kat skoolah lain.. SMK Beaufort….. Sbenarnye aku x suke masuk form 6.. pas SPM aku dpt offer uitm tp mama x bg pegi… so, aku byk memain mase STPM tuh.. mama suh masuk form 6… mama kate kalo pas STPM dpt offer dia janji nak support sume… tp janji tinggal janji jerrr… sedey siotttt… time tunggu result kuar, aku keje kedai kasut jap… best keje kat cnie tp atas sebab2 yg x dpt dielakkan aku berhenti… pas tuh, aku blk kg bapa aku kat benoni, papar… lame gak aku kat sane…. agak2 da lame kat sane, aku pun blk umah mak bapak aku kat beaufort.. pas tuh, aku jadi baby sitter… lame gak laa aku jadi baby sitter… sampai laaa ujung tahun 2002…. bebudak tuh laa yg bwk rezeki kat aku…. aku rindu lak kat bebudak tuh…. ye laaa…. dr derang x pandai ape2 sampai laaa pandai bertatih.. pandai bercakap… sume tuh kat depan mate aku….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...